Fakta Padu: 16 Pasukan Yang Layak Ke Pusingan Kalah Mati Liga Juara-Juara

Real Madrid mempunyai rekod paling cemerlang setakat ini di kempen UCL peringkat kumpulan. (Sumber gambar : UEFA.com)
Real Madrid mempunyai rekod paling cemerlang setakat ini di kempen UCL peringkat kumpulan. (Sumber gambar : UEFA.com)

Perlawanan awal pagi semalam melengkapkan senarai 16 pasukan yang layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah. Berikut adalah fakta padu mengenai setiap pasukan yang layak.

[Kumpulan A]

Atletico Madrid (Juara kumpulan A)- pasukan yang memenangi kesemua perlawanan dihalaman sendiri pada peringkat kumpulan dengan 10 jaringan tanpa balas.

Juventus ( Naib juara kumpulan A) – meletakkan sasaran untuk layak sehingga ke peringkat separuh akhir pada edisi kali ini.Pencapaian terbaik Juventus dalam tempoh 11 tahun ini ialah mereka berjaya bermain di pentas akhir menentang AC Milan pada tahun 2003.Pada perlawanan tersebut mereka kalah dalam penentuan penalti.

[Kumpulan B]

Real Madrid (Juara kumpulan B) – juara bertahan ini mencipta rekod baru liga juara-juara sebagai pasukan yang menang kesemua perlawanan peringkat kumpulan. Mempunyai jarak 11 mata di hadapan pasukan naib juara kumpulan iaitu FC Basel.

Basel 1893 ( Naib juara kumpulan B) – merupakan pasukan underdog yang berjaya mengenepikan cabaran Liverpool. Mempunyai salah seorang pemain termuda yang menjaringkan gol di pentas liga juara-juara , Breel Embolo pada usia kurang 18 tahun.

198908
kredit : kelocks-autogramme

[Kumpulan C]

AS Monaco (Juara kumpulan C) – pasukan yang mempunyai rekod bolos paling sedikit dalam liga juara-juara peringkat kumpulan dengan hanya satu gol. AymenAbdennour bertanggung jawab dalam memastikan backline AS Monaco adalah antara yang paling stabil di pentas liga juara-juara.

Bayern 04 Leverkusen (Naib juara kumpulan C) – mempunyai rekod yang kurang baik di pentas liga juara-juara. Pasukan ini gagal melayakkan diri dalam kesemua empat penampilan di peringkat kalah mati. Mereka hanya melepasi peringkat ini hanya sekali sahaja, iaitu pada tahun 2002 dimana mereka beraksi di pentas final.

[Kumpulan D]

Borussia Dortmund (Juara kumpulan D) – pentas akhir di Jerman pada edisi kali ini diharapkan mampu membawa tuah kepada Dortmund. Kali terakhir Jerman menjadi tuan rumah kepada pentas akhir liga juara-juara pada tahun 1997, Dortmund melakar kejutan dengan menewaskan Juventus di Munich.

Arsenal ( Naib juara kumpulan D) – Arsenal mempunyai rekod yang baik di pentas liga juara-juara. Mereka mampu mara ke peringkat kalah mati sebanyak 15 kali berturut-turut di bawah kendalian Arsene Wenger. Namun, mereka gagal ke peringkat seterusnya sejak empat musim terdahulu.

[Kumpulan E]

Bayern Munich (Juara kumpulan E) – Jika Bayern mampu layak ke pentas akhir liga juara-juara edisi kali ini, perlawanan tersebut akan menjadi perlawanan ke 300 mereka di pentas Eropah. Dan beraksi di pentas final di Berlin ? Ia akan menjadi sesuatu yang sangat istimewa.

Manchester City ( Naib juara kumpulan E) – The Citizens hanya mampu memungut 2 mata dalam empat perlawanan pertama mereka di peringkat kumpulan. Namun dalam dua perlawanan terakhir mereka berjaya mengatasi Bayern 3-2 (ketika mereka ketinggalan 2 gol) dan gol padu dari Samir Nasri awal pagi semalam mengenepikan cabaran AS Roma dari pentas liga juara-juara dengan kemenagan 2-0.

1512279_10154977947595455_7978266522368408626_n
kredit : mcfc.co.uk

[Kumpulan F]

Barcelona (Juara kumpulan F) – Simple. Lionel Messi. Penjaring terbanyak sepanjang zaman di pentas liga juara-juara dengan 74 gol. The living legend.

Paris Saint Germain (Naib juara kumpulan F) – Dengan mengharapkan Edison Cavani sebagai penjaring terbanyak bagi pasukan, Zlatan Ibrahimovic juga perlu bekerja keras untuk membuktikan kemampuannya di pentas Eropah. Jaringan Zlatan menentang Barcelona awal pagi semalam menunjukkan pemain tersebut hampir kembali mendapatkan rentak jaringannya.

[Kumpulan G]

Chelsea (Juara kumpulan G) – Untuk liga juara-juara, Jose Mourinho dilihat cuba menggarap attacking play pada gaya permainan The Blues. Hasilnya, Chelsea merupakan pasukan yang mempunyai jumlah jaringan terbanyak di peringkat kumpulan, dengan 17 gol dan gol-gol tersebut hadir dari keseluruhan pemain bek, tengah dan juga striker.Peranan besar dimainkan oleh Cesc Fabregas dan Eden Hazard.

Schalke 04 ( Naib juara kumpulan G) – Pasukan yang amat bernasib baik. Mereka hanya memintas kelab Sporting Clube de Portugal , setelah pasukan itu kalah kepada Chelsea dan mereka berjaya menang keatas kelab kecil, NK Maribor pada hari terakhir perlawanan kumpulan. Suka buat kerja last minute ni. Heh.

[Kumpulan H]

Porto ( Juara kumpulan H) – Kemenangan 6-0 Porto keatas FC BATE Borisov pada hari pembukaan kempen liga juara-juara merupakan rekod terbaik kelab. Jackson Martinez adalah penjaring terbanyak Porto dengan 5 gol setakat ini.

Shakhtar Donetsk (Naib juara kumpulan H) – Luiz Adriano. Adriano merupakan penjaring terbanyak liga juara-juara di peringkat kumpulan untuk edisi kali ini dengan 9 gol. Gol itu sebenarnya menyamai rekod Cristiano Ronaldo dalam liga juara-juara peringkat kumpulan pada musim lalu.

6a0115709f071f970b016763b72016970b
kredit : nesn.com

 

Walau bagaimanapun, 8 dari jaringan itu datangnya dari hanya sebuah kelab – FC BATE Borisov.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN