Trofi Piala Dunia 1966 Dicuri Oleh Adik Beradik Samseng Dari London

Seorang samseng dari London dan adiknya disahkan sebagai individu yang bertanggungjawab terhadap misteri kehilangan trofi Piala Dunia ketika England menganjurkannya pada 1966.

Individu tersebut dikenali sebagai Sidney Cugullere, dan dibantu oleh saudara kandungnya Reg Cugullere dikatakan sebagai pihak yang bertanggungjawab ke atas kehilangan trofi Jules Rimet.

Trofi berkenaan dipamerkan kepada awam di Methodist Central Hall, Westminster ketika kejadian. Ia berlaku beberapa bulan menjelang sepak mula kejohanan bola sepak terbesar di dunia tersebut di negara berkenaan.

(Photo credit should read STAFF/AFP/Getty Images)

Menariknya, perkara tersebut disahkan sendiri oleh anak kandung kepada Reg, yang dikenali sebagai Gary.

Kes kecurian tersebut pernah menjadi kes penyiasatan terbesar di dalam sejarah kepolisan Scotland Yard’s satu masa dahulu.

Walaupun trofi berkenaan kemudiannya ditemui semula selepas tujuh hari disedar hilang, individu yang bertanggungjawab terhadap perbuatan tersebut terus kekal menjadi misteri.

Trofi Jules Rimet dikatakan telah ditemui oleh seekor anjing bernama Pickles di kawasan semak.

(Photo by Central Press/Getty Images)

Ketika mendedahkan perkara tersebut kepada Dailu Mirror, Gary berkata ayah saudaranya, Sidney sengaja mencuri piala tersebut semata-mata untuk keseronokkan. Ianya tidak pernah kena mengena untuk mencari keuntungan.

Reg turut berada di ruang pameran ketika kecurian dilakukan, namun tidak melihat sendiri Sidney mengambil piala tersebut dari kabinet kaca pameran.

“Di salah satu lorong selepas keluar dari pintu tempat pameran, Sidney membuka sebahagian daripada jaketnya dan berkata kepada Reg: ‘Lihatlah ini Reg.’ Sidney membuka sebahagian daripada jaketnya, dan di situ kelihatan trofi tersebut di sebalik jaket.”

(Photo by Monte Fresco/Mirrorpix/Getty Images)

Gary kemudian berkata ayahnya, Reg dan Sidney kemudiannya menyembunyikan trofi tersebut di bangsal arang batu milik bapa mertua Reg.

“Ayah saya ketakutan dan sedar mustahil untuk mereka menjual trofi tersebut. Di situ, mereka menyedari bahawa mereka harus memulangkan trofi tersebut,” ujar Gary lagi.

Menurut Daily Mirror, Sidney telah meninggal dunia pada 2005. Manakala ayah kepada Gary, Reg meninggal dunia pada 2012.

Temuramah eksklusif oleh Daily Mirror terhadap pendedahan Gary telah mendapat liputan meluas oleh media di UK dan turut disiarkan oleh ESPN.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN