Trauma Dengan Tragedi Kanjuruhan Jadi Punca Presiden Arema Letak Jawatan

Presiden Arema FC, Gilang Widya Pramana sah telah melepaskan jawatan beliau semalam, selepas hampir sebulan Tragedi Kanjuruhan yang menyebabkan korban nyawa berlaku sehingga menggemparkan dunia bola sepak di peringkat antarabangsa.

Keputusan yang dibuat Gilang itu telah diumumkan beliau sendiri ketika sesi sidang media yang berlangsung di ibu pejabat Arema dan dihadiri para wartawan tempatan.

“Secara jujur, saya sangat bangga untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Arema kerana berjaya membawa pasukan tersebut kembali kuat.

“Pada tahun pertama saya menjawat jawatan tersebut sahaja, kelab ini telah memberi kejayaan iaitu dengan menjuarai Piala Presiden. Detik itu tidak akan sesekali saya lupakan.

“Menjadi presiden untuk kelab ini boleh dianggap sebagai suatu penghormatan buat diri saya yang pada asalnya hanya pemegang saham untuk Arema,” jelas Gilang menerusi CNN Indonesia.

Gilang memberitahu faktor sebenar mengapa beliau memutuskan untuk meletak jawatan sebagai presiden kelab buat Arema FC.

Jelas beliau, faktor trauma dan kesedihan yang masih lagi dirasai sehingga kini menjadi sebab Gilang untuk mengundur diri daripada kelab itu.

“Ketika ini saya akui merasa sangat trauma dan masih bersedih dengan tragedi tersebut sehingga menyebabkan motivasi sendiri agak jatuh.

“Disebabkan itu saya telah pun memutuskan untuk berehat daripada sebarang aktiviti bola sepak.

“Menerusi situasi yang terjadi ketika ini, saya rasa Arema perlukan seseorang yang lebih baik untuk membawa kelab tersebut menjadi lebih baik dan kuat.

“Jadi untuk itu saya memutuskan secara rasmi untuk meletak jawatan sebagai presiden bagi Arema FC,” tambah beliau yang lebih popular dipanggil Gilang Juragan 99.

Sebelum itu, Gilang telah pun menjalani pemeriksaan yang dikendalikan oleh pihak polis mengenai insiden besar yang berlaku membabitkan perlawanan antara Arema dan Persebaya Surabaya.

Insiden tersebut telah pun mengorbankan 135 nyawa serta ratusan yang lain mengalami kecederaan selain beberapa fasiliti telah rosak teruk di sekitar kawasan stadium.

Keganasan mula berlaku dengan melibatkan ratusan para penyokong menyerbu masuk padang perlawanan sebaik sahaja wisel penamat sah dibunyikan oleh pengadil bertugas ketika itu.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN