Belum Sampai Setahun, Jurulatih Kecergasan Malaysia Ucap Selamat Tinggal?

Belum pun sempat saingan Piala AFF 2022 membuka tirai kejohanan pada hujung tahun ini, kem kebangsaan sudah pun dikejutkan dengan berita perpisahan jurulatih kecergasan mereka sebentar tadi.

Menurut laman ekorharimaumalaya.my di Instagram, mereka mengesahkan Dr Gokhan Kandemir sudah pun mengucapkan selamat tinggal kepada seluruh kakitangan pasukan kebangsaan.

https://www.instagram.com/p/CkUT3hLS0bW/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

“Sudah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal selepas 10 bulan yang tidak dapat dilupakan di Malaysia.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ketua jurulatih, kakitangan kejurulatihan, pemain, dan keluarga Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan sepenuh hati. All the best Malaysia,” jelas beliau.

Dr Gokhan merupakan senarai rekrut terbaharu dalam posisi kejurulatihan Harimau Malaya yang dirombak setelah beliau turut dibawa bersama Kim Pan-gon.

Sepanjang bersama skuad kebangsaan, beliau antara tulang belakang yang berjaya menaikkan kembali mutu permainan Malaysia kearah lebih positif menerusi perlawanan-perlawanan dihadapi mereka.

Antara kejayaan dikecapi jurulatih yang berasal dari Turki itu ialah membawa Harimau Malaya melayakkan diri ke saingan Piala Asia pada tahun hadapan secara merit.

Selain itu, beliau bersama Pan-gon juga berjaya mengejutkan Thailand dalam saingan King’s Cup untuk mara ke pusingan akhir sebelum tewas kepada Tajikistan menerusi penentuan sepak penalti.

Namun begitu, jodoh pemilik lesen A kejurulatihan UEFA Pro itu tidak kekal lama untuk turut membantu Harimau Malaya dalam saingan Piala AFF akan datang.

Menurut laman Transfermarkt.com, Dr Gokhan bakal menyambung karier beliau bersama salah satu kelab berpangkalan di Turki iaitu Goztepe S.K.

Jelas laman web tersebut, pengendali itu telah pun dilantik pada 4 Oktober lalu dan dijangka tamat sehingga 30 Januari 2025.

Goztepe S.K merupakan kelab yang kini bersaing dalam saingan liga utama di Turki dan telah pun menghadapi 10 perlawanan.

Setakat ini, pasukan itu berada di tangga kesembilan liga menerusi empat kemenangan, dua seri, serta empat kekalahan untuk mengumpul 14 mata keseluruhan.

Kehadiran jurulatih kecergasan itu dijangka dapat kembali menaikkan mutu permainan pasukan tersebut berdasarkan pengalaman beliau sebelum ini bersama beberapa kelab lain di Turki.

Beberapa persoalan kini timbul mengenai siapa yang layak untuk menjawat posisi yang ditinggalkan oleh Dr Gokhan selepas ini untuk terus menguatkan Harimau Malaya.

Antara calon bersesuaian selepas ini yang memenuhi piawaian diinginkan mungkin bekas pengendali Kedah Darul Aman (KDA) iaitu Ramon Marcote.

Ramon yang memiliki banyak pengalaman di Eropah serta ada kepakaran dalam soal kecergasan serta mempunyai lesen UEFA Pro.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN