Kisah Menyayat Hati Kenapa Bruno Guimaraes Pilih Jersi Nombor 39 Di Newcastle

Para pemerhati bola sepak English Premier League (EPL), pastinya sangat mengenali tonggak pemain tengah Newcastle United iaitu Bruno Guimaraes jika namanya disebut.

Guimaraes mula menyertai Newcastle pada awal tahun ini selepas beliau beraksi dengan sangat cemerlang sebelum itu bersama Lyon di Perancis.

Pemain yang memiliki keupayaan tinggi dalam mengawal bola serta menjadi nadi utama kelab untuk mengawal tempo permainan ini dilihat semakin menonjol dalam saingan EPL, ekoran sumbangan beliau bersama pasukan.

Hasil sumbangan beliau bersama rakan sepasukan, Newcastle ketika ini berjaya berada di tangga keempat saingan EPL menerusi enam kemenangan, enam seri, serta hanya merekodkan satu kekalahan sahaja daripada 14 perlawanan dihadapi.

Musim ini sahaja Guimaraes sudah pun meledak dua gol ketika perlawanan membabitkan antara Newcastle bersama Brentford di laman sendiri.

Namun ada beberapa kisah di sebalik kecemerlangan pemain berusia 25 tahun itu dalam kancah bola sepak sebelum beliau bergelar profesional.

Menurut Guimaraes menerusi satu video sesi temu ramah bersama Optus Sport, pemain tersebut telah ditanya mengenai nombor jersi dipakai beliau kini.

Menurut Guimaraes, nombor 39 yang dipakai beliau ketika ini ada kena mengena dengan teksi yang dibawa ayah beliau pada suatu ketika, malah pemain tersebut turut mencacah tatu angka berkenaan di tubuh.

Ini kerana, nombor tersebut jelas memberi makna yang begitu besar buat Guimaraes sekeluarga selama ini.

“Ya, 39 merupakan nombor teksi milik ayah saya. Malah saya turut meletakkan angka tersebut di tubuh ketika ini. Ia merupakan sesuatu yang sangat bermakna buat saya sekeluarga.

“Ayah saya bekerja selama hampir 20 tahun sebagai seorang pemandu teksi di Brazil, jadi segala perbelanjaan rumah dijana menerusi teksi beliau.

“Jadi dengan apa yang sudah dikecapi saya ketika ini serta penghormatan diberikan kepadanya, saya pasti beliau sudah tentu sangat gembira.

“Bila saya tiba untuk menyertai Athletico Paranaense, pasukan besar pertama saya, soalan pertama kepada ayah mengenai nombor jersi bakal dipilih saya.

“Kata beliau, jika saya diberi peluang memilih, maka letakkan nombor 39 di jersi kerana nombor itu memberi begitu banyak tuah dan makna untuk keluarga saya.

“Ayah saya kata, nombor tersebut sudah pun memberi banyak tuah buat dirinya, dan kini giliran saya pula untuk mendapat nasib yang sama.

“Apa yang unik, sebaik sahaja tiba di kelab tersebut, saya langsung tidak disoal mengenai nombor jersi itu dan perlu melalui ujian kesihatan.

“Dan bila giliran untuk saya mendapatkan jersi, nombor tersebut sudah pun tersemat di belakang. Saya sangat gembira dan terus menghubungi ayah,” jelas Guimaraes.

Susulan itu, Guimaraes menyatakan ayahnya jelas sukar mempercayai perkara tersebut dan begitu emosi sekali selepas mengetahuinya.

Pemain tersebut juga mengakui beliau terus meminta nombor jersi berkenaan sebaik sahaja tiba untuk mewakili Newcastle awal tahun ini.

“Ia adalah nombor yang sangat bertuah,” tambah Guimaraes sebelum sesi temu ramah tersebut berakhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN