Traore, Fati, Torres, Reguilon Senjata Baharu Sepanyol Gempur Jerman

Adama Traore Ansu Fati Ferran Torres Sergio Reguion Sepanyol

Pemain sayap Wolves, Adama Traore dan penyerang muda Barcelona, Ansu Fati adalah di antara nama-nama yang telah dipanggil mewakili skuad kebangsaan Sepanyol untuk perlawanan Liga Negara-Negara Eropah yang akan bermula September ini.

Traore yang belum membuat sebarang penampilan di peringkat senior untuk negara kelahirannnya itu sebelum ini pernah mengatakan beliau masih belum membuat keputusan sama ada mahu bermain untuk Sepanyol atau Mali di peringkat antarabangsa.

November lalu pemain berusia 23 tahun itu pernah menerima panggilan Sepanyol, tetapi kemudian terpaksa menarik diri kerana masalah kecederaan.

“Dalam dua musim di England, dia telah menunjukkan peningkatan yang begitu hebat,” kata ketua jurulatih Sepanyol, Luis Enrique mengenai Traore yang telah mewakili La Roja untuk skuad bawah 21 tahun (B-21).

“Ternyata dia begitu dahaga dan bersemangat untuk terus meningkat permainannya. Saya yakin dia akan menjadi nilai tambah dalam banyak perkara bersama kami.”

Bekas pengurus Barcelona itu turut menyenaraikan beberapa muka baharu bagi membentuk skuad yang dibarisi oleh pemain-pemain muda yang ‘segar’ untuk berdepan dengan Jerman dan Ukraine yang dijadualkan pada 3 dan 6 September ini.

Antaranya adalah dua pemain Manchester City, Eric Garcia dan Ferran Torres serta pemain tengah Real Madrid, Oscar Rodriguez yang dipinjamkan ke Leganes.

Nama-nama lain adalah penjaga gol Athleti Bilbao, Unai Simon, pemain tengah Real Sociedad, Mikel Merino dan bek kiri Sevilla, Sergio Reguilon yang juga sedang dipinjam dari Real Madrid.

Apa yang agak mengejutkan adalah tiada langsung pemain Atletico Madrid yang disenaraikan. Sebaliknya David de Gea dan Kepa Arrizabalaga yang teruk dikritik ekoran prestasi hambar bersama pasukan masing-masing tetap dipanggil.

Skuad penuh:

Penjaga gol: David de Gea (Manchester United), Kepa Arrizabalaga (Chelsea), Unai Simon (Athletic Bilbao)

Pertahanan: Jesus Navas (Sevilla), Dani Carvajal (Real Madrid), Sergio Ramos (Real Madrid), Pau Torres (Villarreal), Diego Llorente (Real Sociedad), Jose Gaya (Valencia), Sergio Reguilon (Sevilla), Eric Garcia (Manchester City)

Tengah: Fabian Ruiz (Napoli), Thiago Alcantara (Bayern Munich), Sergio Busquets (Barcelona), Rodri (Manchester City), Mikel Merino (Real Sociedad), Dani Olmo (RB Leipzig), Oscar Rodriguez (Leganes)

Penyerang: Rodrigo Moreno (Valencia), Mikel Oyarzabal (Real Sociedad), Adama Traore (Wolves), Marco Asensio (Real Madrid), Ansu Fati (Barcelona), Ferran Torres (Manchester City)

Baca juga artikel kami yang lain mengenai skuad kebangsaan Sepanyol:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN