Kelab Thailand, Buriram United dianggap sebagai kelab paling benilai di Asia Tenggara menurut Transfermarkt.
Juara Liga Thai sebanyak tujuh kali itu berada di kedudukan teratas di kalangan kelab-kelab Asia Tenggara dan mengikut penilaian Transfermarkt, Buriram kini bernilai €7.53 juta, atau bersamaan RM34.76 juta.
Buriram bukan satu-satunya kelab dari Thailand berada di dalam senarai 10 pasukan paling bernilai transfermarkt.
Selain Buriram, Thailand mempunyai empat kelab lain berada di dalam senarai tersebut iaitu BG Pathum United (€6.43 juta), Port FC (€6.4 juta), Bangkok United (€6.15 juta), dan Muangthong United (€5.13 juta).
Liga Thai turut dianggap oleh laman yang sama sebagai liga kedua paling bernilai di Asia Tenggara di belakang Liga 1 Indonesia.
#Stats | 📈TOP 10 ASEAN'S CLUB WITH HIGHEST MARKET VALUE IN 2022 (As of 3/2022)
🇹🇭 Buriram United is the most valuable club of Asean in 2022 with 7.53 millions €
Data by #transfermarkt #ThaiLeague #MFL #SPL #Liga1 #Vleague pic.twitter.com/Lgdkpk8vWp
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) March 16, 2022
Walaupun memiliki liga paling bernilai di Asia Tenggara, Indonesia hanya memiliki dua kelab berada di kedudukan 10 kelab paling bernilai Asia Tenggara.
Bali United dianggap benilai €5.36 juta dan berada di kedudukan ke-7, dan Persib Bandung pula bernilai €5.03 juta di kedudukan ke-10.
Satu-satunya kelab dari Liga Super Malaysia (MSL) yang berada di dalam senarai tersebut adalah JDT yang dinilai dengan kekayaan €7.25 juta atau bersamaan dengan RM33.47 juta.
Berada di kedudukan kedua, JDT merupakan pesaing terdekat kepada Buriram di kedudukan teratas.
Kelab-kelab lain yang berada di dalam senarai tersebut adalah seperti Lion City Sailors dari Singapura (€6.16 juta) di kedudukan ke-5, dan Hanoi FC dari Vietnam (€5.35 juta) di kedudukan ke-8.