Haikal Sahar Kini Permata Baharu Skuad Projek FAM-MSN, Intai Peluang Beraksi Di Liga Super

Muhammad Haikal Sahar yang meledak hatrik baru-baru ini untuk membantu Skuad Projek FAM-MSN mengejutkan Tok Janggut Warriors FC 5-1, mengharapkan prestasi yang ditampilkannya mampu membawa dirinya untuk bergerak lebih jauh selepas ini.

Tok Janggut Warriors FC mungkin sebuah pasukan Liga M3. Tetapi pasukan itu turut dibarisi beberapa pemain berpengalaman yang pernah beraksi di saingan Liga Super dan Liga Premier sebelum ini.

Manakala skuad kendalian Hassan Sazali Waras hilang khidmat 9 pemain kerana komitmen terhadap peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk perlawanan ini.

Patah tumbuh, hilang berganti

Jika pada musim lalu skuad projek FAM-MSN boleh berbangga dengan produk mereka seperti Azhad Harraz Arman yang pada musim ini telah menyertai Sabah FC, musim ini nama Haikal Sahar pula mulai menjadi sebutan.

Ini terbukti apabila Haikal berjaya mencuri tumpuan dengan tiga jaringan menarik yang dilakukan untuk membantu pasukan menang ke atas Tok Janggut Warrios FC dengan keputusan 5-1.

Seperti Azhad yang dipancing kelab Liga Super, Haikal juga memiliki impian yang sama. Kerana itu, pemain berusia 19 tahun ini mahu menjaringkan seberapa banyak gol dalam perlawanan mendatang selepas ini.

“Ini rezeki doa daripada ibu bapa, sokongan daripada rakan sepasukan juga dan walaupun saya baru pulih selepas positif COVID-19 tempoh hari, memang ada rasa lemah sikit tapi lama-lama dah dapat balik kecergasan.

“Azam saya bukan untuk itu sahaja (menjaringkan gol) tetapi saya nak tunjukkan yang walaupun saya masih muda tapi saya boleh beraksi dengan cemerlang.

“Saya kalau boleh nak pergi lebih jauh dan kalau ada rezeki InsyaAllah mungkin selepas ini dapat mencuri tumpuan dengan lebih cemerlang,” jelasnya.

Bukan hanya Haikal

Ketua jurulatih, Hassan Sazali Waras bagaimanapun memberi pujian kepada keseluruhan pasukan dalam usaha memburu kemenangan pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, semalam.

Namun dia enggan meletakkan sasaran untuk menjaringkan gol ke atas bahu seorang penyerang semata-mata dan mengharapkan pemain lain juga turut sama mampu meledak jaringan tidak kira di posisi mana sekalipun.

“Mungkin dengan jaringan hatrik yang dilakukan Haikal dapat memberi sokongan dan dorongan kepada pemain lain untuk mereka pun menjaringkan gol pada aksi akan datang.

“Kita dalam pasukan tidak akan mengharapkan kepada seseorang individu sahaja melakukan gol dan kalau kita tengok penjaring gol kelima (Ubaidullah Shamsul) bukanlah penyerang tetapi dia juga mampu meledak gol.

“Jadi dekat sini, saya tekankan semua pemain boleh menjaringkan gol selepas ini dan kemenangan ini akan menjadi tonik terbaik kepada mereka untuk aksi-aksi akan datang”, katanya.

Seterusnya, Skuad Projek FAM-MSN akan berdepan Kelantan FC pada Jumaat ini dalam perlawanan Liga Premier di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

 

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN