Persukutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sedang menyiasat aduan Sampdoria terhadap Sporting Lisbon mengenai transaksi penjualan Bruno Fernandes ke Manchester United.
Pemain tengah Portugal itu tiba di Old Trafford pada penghujung Januari lepas selepas melengkapkan perpindahan bernilai £47 juta (RM250 juta).
Sampdoria yang menjual pemain tersebut kepada Sporting Lisbon pada 2017 mengatakan pihaknya masih belum menerima £4 juta iaitu 10 peratus daripada nilai transaksi berdasarkan klausa penjualan yang pernah dipersetujui oleh kedua-dua kelab sebelum ini.
Sampdoria believe they are owed 10% of any profit made by Sporting on Bruno Fernandes. Sporting deny the claim and believe they are innocent of any wrongdoing. [espn] #mufc #RS pic.twitter.com/wWR5xQbtPU
— Red Devil Updates (@reddupdates) May 6, 2020
“Kami boleh mengesahkan pada 3 April 2020, kelab Itali, Sampdoria telah membuat aduan kepada FIFA terhadap kelab Portugal, Sporting Clube de Portugal berkaitan pembayaran wajib yang terkandung dalam kontrak penjualan Bruno Miguel Borges Fernandes.
“Perkara tersebut masih dalam siasatan dan buat masa ini kami tidak akan memberikan sebarang komen lanjut.: kata jurucakap FIFA dalam kenyataan rasmi mereka.
Fernandes sebelum ini pernah beraksi untuk Sampdoria selama semusim sebelum menyertai Sporting Lisbon pada 2017 dengan perpindahan bernilai €9.5 juta.
Selepas menjaringkan 64 gol dari 127 perlawanan di Lisbon, pemain berusia 25 tahun itu berhijrah ke United. Walaupun yuran perpindahannya adalah sekitar £47 juta, nilainya boleh meningkat kepada £67 juta sekiranya beberapa klausa dipenuhi.
Happy to win my first #POTM 🏆
— Bruno Fernandes (@B_Fernandes8) March 16, 2020
Thank you @EASPORTSFIFA and @premierleague 👊🏼
@EASPORTSFIFA can i have a free pack with him? 🤪 @ManUtd pic.twitter.com/C2LjSvSmUR
Bagaimanapun, sumber dari ESPN memaklumkan Sporting Lisbon menegaskan pihak tidak bersalah dan menafikan mereka ‘berhutang’ 10 peratus hasil penjualan tersebut kepada Sampdoria dan bersedia untuk disiasat.
Kehadiran Fernandes ke Manchester United telah memberikan impak positif kepada pasukan tersebut terutamanya di bahagian tengah dan sudah meledak tiga gol serta empat bantua jaringan dalam sembilan perlawanan.
Prestasi United sejak ketibaan pemain Portugal itu sememangnya sedang meningkat naik selepas berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 11 perlawanan dalam semua pertandingan sebelum semua pertandingan digantung disebabkan pandemik Covid-19.