Francesco Totti telah memasuki musim ke-25 beliau bersama pasukan AS Roma.
Beliau antara beberapa nama pemain yang masih lagi kekal bersama dengan satu kelab, tidak berganjak ke mana-mana pasukan.
Tak menyesal
Menurut Totti, beliau tidak pernah sekali menyesal untuk tidak tinggalkan AS Roma.
Satu masa dahulu, beliau pernah dilamar oleh Real Madrid namun memilih untuk kekal bersama pasukannya itu hingga kini.
Katanya, beliau boleh saja pergi ke tempat lain untuk bermain dengan pasukan lain untuk kejar kejuaraan namun piala bukanlah kejayaan sebenarnya.
“Saya boleh saja ke kelab lain untuk mengumpul pelbagai kejuaraan. Namun, kejuaraan sebenar bagi saya adalah untuk terus kekal bersama AS Roma.”
Bagi Totti, AS Roma adalah seagalanya bagi beliau.
“Rom adalah kota yang tercantik di dunia. Rom juga boleh bagi kejutan kepada anda dengan jalan-jalan dan lorong yang ada disini.”
“Sebagai peminat dan pemain AS Roma, saya cukup berbangga dapat tamatkan karier saya disini.”
Untuk rekod, Totti cuma mempunyai 1 gelaran Serie A dan 2 gelaran Coppa Italia sepanjang 25 tahun di AS Roma.
Totti juga mempunyai 1 gelaran Piala Dunia apabila memenanginya pada 2006. Tetapi bagi beliau, memenangi Serie A dan Piala Dunia adalah 2 perasaan berbeza.
“Sebagai peminat Roma, memenangi kejuaraan liga adalah satu perkara yang saya sendiri tak boleh gambarkan.”
“Tetapi memenangi Piala Dunia bersama Itali adalah salah satu pencapaian terhebat saya.”
Totti juga mengagumi Steven Gerrard sebagai antara pemain Inggeris yang paling hebat pernah beliau lawan.
“Bagi saya Steven Gerrard adalah yang terbaik. Beliau adalah seorang juara dan contoh terbaik.”
Baca juga: Annuar Musa Ucap Tahniah Kepada Kelantan, Bangga Dengan Prestasi Ghaddar