Annuar Musa Ucap Tahniah Kepada Kelantan, Bangga Dengan Prestasi Ghaddar

Kelantan musim ini boleh dikatakan pasukan yang serba kekurangan dari segi kewangan.

Namun begitu, mereka masih mampu beraksi dengan cemerlang apabila menghuni kedudukan pertengahan Liga Super dengan baik.

Hal ini telah mengundang kegembiraan Tan Sri Annuar Musa yang sentiasa mengikuti perkembangan pasukan itu secara dekat.

Bagi beliau, beliau nyata berbangga dengan prestasi pasukan Kelantan yang berjaya layak ke Piala Malaysia dengan baik.

Beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan serta jurulatih Zahasmi Ismail dan juga pegawai pasukan yang nyata beraksi cemerlang sepanjang separuh masa pertama liga.

Tahniah Kelantan serta Zahasmi dan para pegawai pasukan. Berada di tangga ke-5 terbaik adalah pencapaian yg boleh dibanggakan.”

Beliau juga nyata berbangga dengan aksi Mohammed Ghaddar yang kini sudah menjaringkan 16 gol untuk pasukan Kelantan.

Perak vs Kelantan ,Kelantan player,Mohamad Ghaddar (22),(Left),and,Perak player,Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (22),(Right),during Super League match at Stadium Ipoh Perak on,1 March 2017,Photo by Zulfachri Zulkifli / www.asiana.my,

Nyata pembelian beliau satu pembelian yang baik bukan?

Annuar juga turut berbangga dengan prestasi cemerlang Kelantan di tempat lawan serta daya saing yang ditunjukkan dalam usaha mencabar pasukan-pasukan yang mempunyai bajet lebih besar seperti JDT, Pahang dan juga Kedah.

“Kelantan telah memberi saingan kepada Harimau (JDT), Gajah (Pahang), Helang (Kedah) yang lazimnya makan lebih besar dan lebih banyak dari sang Kijang (Kelantan).”

Mahu bantu

Annuar juga memberikan bayangan mahu membantu Kelantan mendapatkan pemain yang baik untuk membantu Ghaddar di bahagian serangan.

Untuk siri seterusnya kita akan bantu Kelantan mengikut kemahuan Zahasmi dan KAFA – Insyaallah.”

Jika Ghaddar perlukan pasangan untuk menerjah gawang dengan lebih banyak, Insyaallah kita usahakan.

“Jika Zahasmi mahu pemain senior bertaraf antarabangsa, kita segera bawakan.”

Misa beliau jelas, mahu membantu Kelantan terus maju dan perkasa dalam bola sepak Malaysia sedikit demi sedikit untuk mencapai kejayaan pada masa lalu.

Yang pasti saya mahu Kelantan terus diperkasa secara berperingkat untuk menjadi pasukan yang mampu menjadi pasukan yang mampu menewaskan pasukan yang lebih besar.”

Beliau juga memberi bayang akan ada lebih banyak lagi berita mengenai pasukan Kelantan dimasa akan datang.

Tunggu khabar Seterusnya!!!!”

Baca juga: Piala Malaysia 2017: Bagaiamana Kedudukan Kumpulan Ditentukan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN