Totti Putuskan Hubungan Dengan Roma Selepas 30 Tahun Bersama

Bekas kapten dan penjaring terbanyak sepanjang zaman AS Roma, Francesco Totti sah melepaskan peranan beliau bersama kelab tersebut.

Dalam satu sidang media semalam, Totti berkata pemilik kelab tersebut yang berasal dari Amerika Syarikat sebenarnya tidak pernah memberikan peranan sebenar kepada beliau, walaupun sebelum ini dibawa masuk oleh kelab tersebut sebagai sebahagian daripada pasukan pengurusan.

Pandangan disisihkan

Dalam sidang media tersebut, bekas pemain berusia 42 tahun itu berkata sepanjang memegang jawatan pengarah teknikal kelab selama dua tahun ini, beliau berulang kali disisihkan ketika melakukan keputusan. Ini mendorong beliau untuk meninggalkan Roma.

“Ini bukan salah saya. Hari ini ia seperti mati. Mungkin kematian itu lebih baik,” kata Totti kepada wartawan. Bagaimanapun Totti berkata beliau akan kembali bersama Roma sekiranya Presiden, James Pallotta pergi.

Totti dianggap sebagai salah seorang pemain terhebat yang pernah dilahirkan oleh bola sepak Itali. Membantu negaranya menjuarai Piala Dunia 2006, karier di peringkat kelab Totti hanyalah bersama Roma. Beliau tampil di dalam 768 perlawanan dan menjaringkan 307 gol sepanjang bersama Roma.

Dilahir dan dibesarkan sebagai Roman, Totti menyertai akademi Roma pada 1989, sebelum menjadi kapten yang memimpin kelab tersebut muncul juara Serie A pada 2001.

Hubungan keruh

Hubungan Totti dan pengurusan Roma dari Amerika Syarikat sememangnya sentiasa tidak bersependapat dalam banyak perkara – terutama sejak perlawanan terakhir pemain itu di Stadium Olimpik yang menyaksikan ramai penyokong mengalirkan air mata.

“Mereka memaksa saya untuk berhenti bermain. Mereka berjanji banyak perkara tetapi tidak pernah dipenuhi,” ujar beliau sambil menegaskan tidak boleh bekerja sama dengan Franco Baldini, yang turut pernah bekerja sebagai seorang konsultan bersama Tottenham dan Real Madrid.

Pallota dan pelabur lain dari Amerika Syarikat mengambil allih Roma pada 2011, selepas sebelum itu kelab tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh usahawan tempatan yang terdiri daripada keluarga Sensi.

Keputusan drastik daripada Totti dipercayai mempunyai hubung kait dengan pelantikan pengurus kelab, setelah Totti dikatakan telah berbincang dengan Antonio Conte. Bekas pengendali Chelsea itu bagaimanapun diumumkan sebagai pengurus Inter Milan.

Pada Mei lalu tindakan Roma tidak memperbaharui kontrak Daniele De Rossi – sahabat karib Totti – menambah kemarahan di kalangan penyokong terhadap Pallotta.

“Ada pihak mahukan orang Roma dikeluarkan daripada Roma. Mereka berjaya memenuhi hasrat tersebut. Tetapi pada musim hadapan, saya dan De Rossi akan ke stadium bersama-sama dengan penyokong-penyokong yang lain,” tambah beliau lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN