Quantcast

BERITA

PSG Sedia Jual Neymar Ke Pasukan Lain

Kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) dilaporkan sedia melepaskan bintang mereka, Neymar Da Silva ke pasukan lain pada musim panas ini.

Menurut laporan daripada akhbar harian Perancis, L’Equipe, PSG sedia menjual pemain yang berusia 27 tahun itu jika terdapat tawaran yang lumayan daripada kelab lain.

Difahamkan dua kelab gergasi Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid sedang intai peluang untuk mendapatkan khidmat pemain skuad kebangsaan Brazil tersebut.

PSG bagaimanapun hanya ingin melepaskan Neymar dengan harga yang lebih tinggi daripada ketika mereka membelinya pada tahun 2017 iaitu 222 juta euro (RM1.03 bilion) dari Barcelona.

Presiden PSG, Nasser al-Khelaifi dalam kenyataannya berkata, beliau tidak berminat untuk kekalkan mana-mana pemain yang cuba berlagak ‘star’ dalam kelab miliknya.

“Setiap pemain mesti bertanggungjawab dan melakukan kerja mereka. Mereka bukan berada disini untuk berseronok. Jika tidak setuju, pintu sentiasa dibuka untuk mereka berambus, ciao !

Saya mahu pemain yang sentiasa memberikan segala-galanya pada kelab. Kepada mereka yang tidak mahu dan tidak faham, kita akan berjumpa dan bercakap.

“Saya tak perlukan pemain berlagak bintang lagi,” katanya dalam Mirror UK