Tottenham Hotspur Terus Letakkan Swansea City Di Dasar Liga

Tottenham Hotspur

Tottenham Hotspur mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Swansea City bagi terus meletakkan kelab dari Wales itu di dasar Liga Perdana Inggeris.

Beraksi dalam keadaan hujan lebat yang membasahi Stadium Liberty sepanjang babak pertama, pasukan pelawat tidak menunggu lama untuk menghasilkan jaringan pendahuluan seawal minit ke-11.

Lebih signifikan jaringan pembukaan itu dihasilkan oleh bekas pemain Swansea City, Fernando Llorente yang menanduk masuk bola hasil sepakan percuma cantik dari Christian Eriksen.

Jaringan tersebut adalah yang pertama buat Llorente dalam Liga Perdana Inggeris sejak berpindah ke Spurs dan pemain dari Sepanyol itu tidak meraikan jaringannya sebagai tanda menghormati penyokong dan kelab lama beliau.

Swansea memperoleh peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-31, namun sepakan percuma dari situasi bahaya dihadapan pintu gol Tottenham Hotspur gagal disempurnakan oleh Renato Sanches yang sekadar melakukan percubaan yang sedikit tinggi melewati palang gol.

Walaupun Spurs berjaya mendominasi perlawanan babak pertama, jaringan pembukaan dari Llorente tersebut adalah satu-satunya percubaan tepat kearah pintu gol yang terhasil pada separuh masa pertama.

SWANSEA, WALES – JANUARY 02: GOAL – Tottenham Hotspur’s Fernando Llorente scores the opening goal during the Premier League match between Swansea City and Tottenham Hotspur at Liberty Stadium on January 2, 2018 in Swansea, Wales. (Photo by Ashley Crowden – CameraSport via Getty Images)

Aksi pada babak kedua lebih menghiburkan apabila kedua-dua pasukan memperkemaskan aksi dalam berusaha untuk menghasilkan jaringan.

Christian Eriksen berpeluang untuk menambah jaringan buat skuad bimbingan Mauricio Pochettino menerusi sepakan percuma. Penjaga gol Swansea City, Lukasz Fabianski bagaimanapun lebih tangkas bagi menafikan percubaan terus dari bintang antarabangsa Denmark itu.

Kemasukan Luciano Narsingh menggantikan kapten Swansea City, Angel Rangel yang mengalami kecederaan berjaya menambah sengat bahagian serangan tuan rumah apabila pemain berusia 27 tahun itu menggunakan kepantasan larian dimilikinya.

Pada minit ke-65, Narsingh berjaya melakukan larian deras bagi melepaskan diri dari kawalan pertahanan Spurs dan hanya berhadapan dengan Hugo Lloris. Namun, percubaan dilakukan Narsingh berjaya dinafikan Lloris

Swansea terus menggandakan asakan bagi menembusi gawang Spurs, kali ini skuad bimbingan Carlos Carvalhal itu dikecewakan apabila tandukan yang cuba dilakukan Mike van der Hoorn terbias mengenai badan Jan Vertongthen lalu bola terkena tiang gol.

Dalam keghairahan tuan rumah mencari jaringan penyamaan, Delle Alli melenyapkan sisa harapan Swansea City dengan jaringan kedua di minit ke-89 setelah menerima hantaran menarik dari Harry Kane.

Tottenhan yang merakamkan kemenangan ke-12 musim ini mengumpul 40 mata untuk berada di tangga ke-5 manakala Swansea City terus berada di dasar liga dengan 16 mata.

 

 

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN