Mohamed Salah Adalah Pemain Negara Arab Terbaik 2017

Mohamed Salah

Entah berapa banyak anugerah peribadi yang sudah dimenangi Mohamed Salah musim ini sama ada di peringkat domestik (England) ataupun antarabangsa. Kami serahkan kepada penyokong Liverpool untuk menjawabnya di ruangan komen.

Tidak salah lagi yang Mohamed Salah adalah pembelian yang tidak salah oleh Liverpool musim ini. Pemain yang awalnya ditandatangani untuk menambahkan kreativiti di serangan telah menjadi penjaring utama untuk skuad Jurgen Klopp.

Selepas dinoabakan pemain Terbaik Afrika-BBC 2017, Mohamed Salah telah berjaya mendapat satu lagi penghargaan yang besar iaitu Pemain Terbaik Arab 2017.

Berita itu diumumkan pada Isnin. Pemilihan Mohamed Salah adalah melibatkan undian daripada 100 orang pengamal media dari negara-negara Arab.

Mohamed Salah telah menjadi fenomena di Eropah musim ini dengan rekod jaringan beliau. Beliau turut membantu negaranya mengakhiri penantian 28 tahun negaranya ke Piala Dunia.

Beliau menjadi pemain Liverpool pertama yang menjaringkan 20 gol semusim selepas Suarez dan Sturridge satu ketika dahulu.

Mohamed Salah juga sudah menjaringkan 17 gol dalam EPL setakat ini. Mohamed Salah menewaskan pemain terbaik Asia 2017, Omar Khribin dari Syria yang bermain untuk Al-Hilal. Omar Al-Soma berada di tempat ke-3.

Mohamed Salah juga pemain pilihan untuk memenangi Pemain Terbaik Afrika 2017 yang akan diumumkan pada Khamis ini.

Tahniah kepada Mohamed Salah, semoga terus sukses.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN