Tottenham Hotspur secara rasminya sudah melepaskan Antonio Conte selepas kedua-dua belah pihak mencapai kata sepakat untuk bercerai walau baru 16 bulan bersama.
Pengurus berusia 53 tahun itu telah dilantik menjadi pengendali skuad Tottenham Hotspur pada November 2021 yang lalu selepas kelab dari London itu memecat Nuno Espirito Santo.
Pimpinan kelab semalam memutuskan untuk memecat Antonio Conte selepas melihat skuad mereka hanya mampu terikat 3-3 bertemu Southampton pada 18 Mac yang lalu.
Official: Antonio Conte and Tottenham part ways by mutual consent — he’s no longer the coach 🚨⚪️ #THFC
Following the departure of Conte, Cristian Stellini will manage Tottenham Hotspur untill the end of the season. Ryan Mason will also be assistant. pic.twitter.com/N8RN38a39n
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) March 26, 2023
Keputusan Conte untuk menghentam kelab secara terang-terangan jelas sekali antara punca utama mengapa Tottenham Hotspur mahu menamatkan perkhidmatan beliau.
Bahkan, terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa ada beberapa pemain yang mendesak agak Conte dipecat sebelum aksi mereka bertemu Everton pada 3 April ini.
Selepas mempertimbangkan pelbagai perkara, Spurs akhirnya memutuskan untuk bercerai dengan bekas pengurus Juventus, Chelsea dan Inter Milan itu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Spurs, kelab dari London itu menyatakan yang mereka sudah mencapai kata sepakat dengan Conte untuk berhenti bekerjasama.
BREAKING: Tottenham announce Antonio Conte has left the club by 'mutual consent' pic.twitter.com/BGQe1m3R9m
— B/R Football (@brfootball) March 26, 2023
Dalam erti kata lain, penceraian ini berlaku atas persetujuan kedua-dua belah pihak sendiri.
Pihak kelab juga turut mengucapkan terima kasih kepada Antonio Conte atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang menjadi pengurus Tottenham Hotspur.
Pemilik kelab, Daniel Levy turut mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa:
“Kita ada baki 10 perlawanan dalam saingan Premier League dan kita sedang berjuang untuk merebut tempat layak ke saingan Champions League. Kita semua perlu terus bersama. Semua orang perlu bangkit untuk memastikan kelab menghabiskan saingan musim ini di kedudukan terbaik dan membanggakan penyokong setia kita.”
Orang kanan Conte, Christian Stellini bakal bertindak sebagai ketua jurulatih Spurs sehingga tamat saingan musim ini.
Antonio Conte has left Spurs by mutual consent pic.twitter.com/zCeUpJLKno
— Premier League (@premierleague) March 26, 2023
Bekas pemain midfield, Ryan Mason akan bertindak sebagai pembantu Stellini dan Spurs kini sedang dalam usaha mereka untuk mencari pengurus baru bagi menghadapi saingan musim hadapan.
Spurs juga pada ketika ini masih berada di kedudukan terbaik untuk layak ke saingan Champions League musim hadapan, dengan mereka dua mata mengatasi Newcastle dan turut mempunyai kelebihan dua perlawanan yang masih belum dimainkan.
Mereka sudah tersingkir dari saingan Champions League musim ini selepas disingkirkan oleh AC Milan di pusingan 16 terbaik.
Breaking: Antonio Conte has left Tottenham by mutual consent, the club announced.
Cristian Stellini will take charge for the rest of the season. pic.twitter.com/jPtPGNamg3
— ESPN FC (@ESPNFC) March 26, 2023
Conte mengakhiri kariernya bersama Spurs dengan rekod 41 kemenangan dari 76 perlawanan yang dikendalikan olehnya.