Tottenham Hotspur jelas begitu berang dengan keputusan pengadil ketika aksi menentang Liverpool yang tidak membuang Diogo Jota selepas melakukan kekasaran serius.
Dalam aksi penuh dramatik di Anfield, Jota secara terang-terangan melakukan kekasaran serius terhadap Oliver Skipp dengan ‘menerajang’ pemain tersebut.
Dikala terhadap kegerunan dalam kalangan penyokong Liverpool yang mungkin pemain itu akan disingkirkan, pengadil Paul Tierney memilih untuk tidak menyingkir Jota walaupun insiden itu disemak oleh Video Assistant Referee (VAR).
Pengendali sementara Tottenham, Ryan Mason jelas tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut kerana berasakan kesalahan Jota tersebut adalah cukup nyata dan perlu diberikan kad merah.
“Secara jujurnya, ianya adalah insiden kad merah paling jelas yang anda boleh saksikan di padang bola sepak.
“Saya perlukan penjelasan. Ianya membahayakan pemain lawan, Skipp memerlukan jahitan dan Jota menjaringkan gol ketika pemain itu tidak sepatutnya berada di atas padang,” kata Mason kepada BBC Radio 5 Live.
Ryan Mason to BBC Radio 5 Live on Jota boot on Skipp: "Honestly, it's probably the clearest red card you will see on the football pitch. I need an explanation. It endangered the opponent, Skipp needs stitches and Jota has scored the goal when he shouldn't be on the pitch."
— Emma Sanders (@em_sandy) April 30, 2023
Kekecwaan Mason itu jelas terpancar kerana selepas Richarlison menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan, Jota muncul menjadi wira dengan jaringan keempat Liverpool.
Pada hemat Mason, jaringan Jota itu tidak sepatutnya wujud kerana pemain itu diikutkan sudah dibuang padang lebih awal.
Tottenham bangkit dari ketinggalan tiga gol pada 20 minit pertama permainan namun kegembiraan mereka tidak kekal lama.
Mereka pulang hampa dari Anfield untuk terus mencatatkan kekalahan ketika bertandang di tempat lawan.