Tot United Johan Neymar Jr’s Five 2017 Peringkat Kebangsaan, Akan Ke Brazil

Pasukan ‘C’ Tot United membenam cabaran sengit satu lagi finalis, RTG Badboyz dalam perlawanan akhir Neymar Jr’s Five untuk dinobatkan sebagai juara. Ini bermakna mereka akan mewakili Malaysia dalam kejohanan Neymar Jr’s Five peringkat dunia di Brazil pada Julai 2017 nanti.

Kejohanan peringkat kebangsaan ini berlangsung di IM4U Sentral Puchong, pada Sabtu lepas.

Pasukan Tot United ‘C’ terdiri daripada:

  • Hazizi Mansor
  • Azwann Ismail
  • Abu Haniffa Hasan
  • Ali Mahat
  • Azri Rahman
  • Hazreen Ali
  • Syed Aizad Nasir dan
  • Syawal Ibrahim.

Beberapa pemain dari pasukan Tot United C ini juga sebenarnya telah menjadi johan edisi 2016.

Final yang berlangsung pada jam 6 petang itu menyaksikan pasukan Tot United ‘C’ menewaskan RTG Badboyz dengan jaringan 2-0 (perlawanan dilangsungkan dengan format ‘best of three’).

Pusingan pertama perlawanan telah menyaksikan Tot United C menang selesa dengan jaringan 4-0 menjadikan skor perlawanan 1-0.

Pada pusingan kedua, Tot United C telah diikat oleh RTG Badboyz dengan jaringan 0-0.

Mengikut format pertandingan, setiap pusingan yang berakhir dengan keputusan seri akan ditentukan dengan ‘golden-goal rule’. Azwann Ismail muncul wira Tot United dengan menjaringkan gol penting buat pasukannya.

Format pertandingan

Kejohanan Neymar Jr’ 5 ini sebenarnya telah berlangsung secara berperingkat di beberapa buah negeri iaitu :

  • UiTM Shah Alam, Selangor
  • Taylor’s Lake Side, Selangor
  • Educity Sports Complex, Johor
  • Ferro Futsal, Pahang
  • Azman Hashim USM Sports Arena, Pulau Pinang
  • Real Sports Arena, Selangor.

Dari sejumlah 111 pasukan, 24 pasukan layak dari setiap pusingan kelayakan untuk bersaing di peringkat akhir kebangsaan yang berlangsung di IM4U Sentral Puchong.

Format permainan

  1. Masa untuk setiap pusingan perlawanan adalah 10 minit.
  2. Perlawanan akan ditentukan pemenangnya melalui keputusan ‘best of three’.
  3. Setiap pusingan perlawanan akan diwakili 5 orang pemain tanpa penjaga gol bagi setiap pasukan.
  4. Gelanggang futsal yang digunakan hanya mempunyai gawang gol yang bersaiz kecil seperti pertandingan ‘street soccer’.
  5. Apabila salah satu pasukan telah bolos, seorang pemain dari pasukannnya akan dikira terkeluar daripada pusingan itu dan begitulah seterusnya sehingga jumlah jaringan menjadi 5-0.
  6. Sekiranya pusingan itu berakhir dengan keputusan seri, wakil seorang daripada ahli pasukan itu akan berentap dalam pusingan ‘one-on-one’ dan keputusan ‘golden-goal rule’ akan diambil kira.

Aktiviti sampingan

Di hari kejohanan, para penonton juga boleh menyertai acara sampingan. Antaranya:

  • Panna Football Challenge
  • permainan video game FIFA 17™
  • On Target Challenge.

Pemenang bagi aktiviti On Target Challange akan ke Brazil bersama Tot United bagi bersama-sama menyokong pasukan belia negara itu di sana.

Pemenang bagi acara On Target Challenge ini ialah Kisshaen A/L Ananthan.

Mengenai kejohanan

Kejohanan Neymar Jr’s Five ini diilhamkan oleh pemain Barcelona dan kebangsaan Brazil iaitu Neymar Jr.

Ia telah pun berlangsung selama dua musim. Ia merupakan hasil kerjasama Neymar dan juga Redbull.

Bagi musim kedua ini, Neymar Jr 5 telah menarik penyertaan sebanyak 90,000 peserta dari seluruh dunia.

Kejohanan peringkat akhir dunia bakal menyaksikan 52 pasukan dari seluruh pelusuk dunia akan berentap di Sao Paolo, Brazil pada Julai nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN