Torres Bakal Tinggalkan Atletico Madrid Dan Menyertai Sebuah Kelab Dari Asia

Penyerang dari Sepanyol, Fernando Torres dilaporkan akan meninggalkan Atletico Madrid dan menerima tawaran lumayan daripada sebuah kelab dari Asia menurut laporan akhbar sepanyol, Cadena SER.

Penyerang yang berusia 33 tahun itu kembali ke Atletico Madrid pada tahun 2015 selepas dipinjamkan oleh kelab Italy, AC Milan. Bekas pemain Liverpool dan Chelsea ini mempunyai 49 penampilan dalam La Liga dan menjaringkan 14 gol setakat ini.

Torres pernah membuat keputusan untuk meninggalkan Atletico Madrid pada perpindahan lepas tetapi beliau membatalkan hasrat itu kerana kelab masih belum mendapat penggantinya.

Memandangkan Diego Costa akan menyertai Atletico Madrid pada bulan Januari depan, ia merupakan peluang terbaik untuk penyerang itu berhijrah mencari angin baru beraksi di benua lain.

(Photo by Gonzalo Arroyo Moreno/Getty Images)

Akhbar dari UK, The Sun melaporkan Torres menerima tawaran daripada kelab liga super China selepas rakan sepasukannya di Atletico, Jackson Martinez telah menandatangani kontrak dengan pasukan Guangzhou Evergrande dengan nilai perpindahan £31m.

Apabila ditanya tentang prospek pasukan yang bakal disertai oleh Torres, ejen beliau, Jose Antonio Martin berkata, “Torres dapat tawaran yang akan menjadikan beliau sebagai pemain termahal dunia,” katanya kepada The Sun. 

Walaubagaimanapun, ejen Torres itu tidak akan mendedahkan nama pasukan itu dan percaya bekas pemain kebangsaan Sepanyol itu turut telah menarik minat kelab dari Amerika yang beraksi dalam saingan Major League Soccer (MLS).

Laporan dari China juga menyebut, Torres kemungkinan akan menjadi  satu lagi pemain bintang yang beraksi dalam Liga Super China musim depan bersama Jackson Martinez, Ramires dari Chelsea dan bekas pemain tengah Tottenham Hotspur, Paulinho.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN