Torino Sahkan Belotti Hampir Ke Milan Tetapi Ditolak Kerana Perjanjian Tunai+Pemain

Ramai peminat Torino mengecam media yang melaporkan bahawa Andrea Belotti hampir ke AC Milan. Namun persoalan itu dijawab oleh pihak Torino bahawa berita itu adalah tepat.

Andrea Belotti menjadi antara penyerang terbaik di Itali musim lalu dengan menjaringkan 28 gol untuk kelab tersebut. Selain daripada Milan, pasukan seperti Chelsea juga dikaitkan.

Musim lalu, ramai tergelak besar ketika Torino meletakkan klausa perlepasan €100 juta dalam kontrak Belotti. Namun kini angka itu bukanlah pelik selepas 3 perpindahan melibatkan Neymar, Mbappe dan Dembele pada angka di antara €150 juta sehingga €222 juta.

Pengarah kelab Torino, Gianluca Petrachi menyatakan yang mereka hanya menerima bayaran €100 juta klausa perlepasan. Namun Milan mencadangkan pakej duit dengan pemain iaitu M’baye Niang.

Ini bermakna mereka tidak mendapat angka €100 juta secara tunai. Niang meminta daripada pengurusan Milan untuk menyertai Torino kerana beliau mahu bekerjasama dengan Sinisa Mihajlovic.

Petrachi berkata:

“Ia ada sedikit ‘soap opera’ dalam hal ini. Niang memang ingin menyertai kami kerana dia rapat dengan Mihajlovic. Niang menolak untuk ke Sampdoria kerana mahu ke sini.”

“Presiden kami, Cairo dengan jelas tidak mahu menjadikan Niang sebagai sebahagian daripada perjanjian Belotti.”

“Kami mahu pecahkan isu Belotti dan Niang. Jika kami menjual Belotti, kami mahu pastikan duit yang kami terima cukup banyak untuk membina pasukan yang lebih kuat. €50-60 juta (kerana ditolak harga Niang) tidak cukup.”

AC Milan forward Niang Mbaye tries to tackle a Chelsea FC player as Chelsea FC meets AC Milan in the first half at U.S. Bank Stadium on Wednesday, August 3, 2016. (Pioneer Press: John Autey)

“Kami mahu Belotti dijual pada harga yang sepatutnya. Jika dia mahu beraksi di kelab yang bermain di UCL, kami terbuka berbincang dengan beliau selepas ini.”

Kegagalan Milan mendapatkan Belotti tidak menghalang Niang untuk datang ke Torino apabila pemain itu berjaya berhijrah ke sana secara pinjaman dan nilai perpindahan tetap sekitar €20 juta.

Persoalan yang menarik, adakah AC Milan akan datang memancing Belotti sekali lagi selepas ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN