Statistik: 5 Teratas, Pemain Bukan Eropah Yang Paling Prolifik Di EPL

Semalam Sergio Aguero menjaringkan gol ke-124 beliau dalam EPL sekaligus menjadikan beliau sebagai pemain bukan Eropah yang paling prolifik. Berikut adalah ranking 5 teratas berdasarkan sumber Squawka.

1. Sergio Aguero (Argentina) – 124 gol

(Aguero-Alderweireld-Dier – Photo credit should read JUSTIN TALLIS/AFP/Getty Images)

Sudah pastilah beliau di tangga teratas. Minggu duka dengan Argentina digantikan keceriaan di Etihad dengan membelasah pasukan Liverpool 5-0.

Aguero sentiasa menjadi nama yang dalam senarai beberapa kelab besar setiap kali jendela perpindahan. Namun beliau nampak gayanya tidak akan ke mana-mana selagi-lagi City memerlukan beliau.

Penyerang berusia 29 tahun ini hanya ada 1 kelab di EPL setakat ini iaitu Manchester City. Beliau masih terlalu bagus untuk menambah angka itu lebih banyak lagi selepas ini.

2. Dwight Yorke (Trinidad & Tobago) – 123 gol

Kali terakhir beliau beraksi di EPL adalah pada 2005. Karier beliau signifikan dengan Manchester United. Beliau juga pernah bermain untuk Blackburn Rovers.

Pemain poacher ini menjadi penjaring terbanyak EPL (bukan Eropah) untuk 12 tahun lamanya sebelum dipecahkan oleh Aguero pada 9 September 2017.

Yorke memiliki naluri pembunuh yang sangat kuat. Gandingan beliau dan Andy Cole antara yang terbaik dalam era EPL.

3. Didier Drogba (Ivory Coast) – 104 gol

(Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

Legenda sejati di Stamford Bridge ini dianggap penyerang no.9 terbaik yang pernah dimiliki Chelsea. Beliau juga hanya ada 1 kelab di EPL iaitu Chelsea.

Menyertai Chelsea daripada Marseille pada 2003 . Drogba menjadi penggempur utama pilihan Jose Mourinho.

Beliau meninggalkan Chelsea pada 2012 dan kembali semula membantu Chelsea menjuarai EPL pada musim 2014/15 dan dilantik Mourinho menjadi timbalan kapten.

104 gol di EPL satu angka yang sangat besar untuk beliau tinggalkan kepada pemain-pemain bukan Eropah lain selepas ini di Chelsea.

Kini Drogba merupakan pemilik bersama merangkap pemain untuk Phoenix Rising.

4. Adebayor (Togo) – 97 gol

Pemain yang bermain untuk 4 kelab London dan satu lagi di bandar Manchester. Beliau lebih signifikan dengan pasukan Arsenal.

Adebayor pernah meraikan gol dengan cara kontroversi dengan berlari ke seksyen penyokong Arsenal dan melakukan ‘pith slide’.

Pada era kemuncak beliau, Adebayor antara pemain yang memiliki pemusnah semulajadi di kaki beliau. Pemain yang terkenal dengan kerajinan di dalam padang ini sukar mendapat aksi terbaik beliau setelah meninggalkan Arsenal.

5. Aiyegbeni Yakubu (Nigeria) – 95 gol

Legenda Nigeria ini beraksi dengan banyak kelab di England termasuk Portsmouth, Middlesbrough, dan Everton. Beliau memulakan karier profesional di Eropah dengan kelab Portugal, Gil Vicente.

Beliau meninggalkan legasi yang tersendiri di EPL. Pemain yang terkenal dengan susuk sasa di dalam padang ini adalah ‘target man’ yang dibenci oleh pertahanan ketika dalam prestasi kemuncak beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN