Penyokong Mexico telah diberi amaran supaya tidak memakai topeng ‘Lucha Libre’ ketika menonton mana-mana perlawanan dalam saingan Piala Dunia di Qatar nanti.
Kerajaan Mexico telah mengesahkan yang penganjur Piala Dunia 2022, Qatar secara rasminya telah mengharamkan topeng ‘Lucha Libre’ dari dipakai oleh para penyokong ketika berada di negara Timur Tengah itu.
Menteri Perhubungan Mexico, Alfonso Zegbe telah mengesahkan hal tersebut selepas beliau melakukan rundingan bersama pihak penganjur di Qatar.
Mexico fans have been advised by their government not to wear their colourful 'Lucha Libre' wrestling masks at World Cup matches in Qatar to comply with local rules. https://t.co/jW9HgRt9ml
— Reuters Sports (@ReutersSports) October 11, 2022
Bercakap kepada ESPN, Alfonso Zegbe mendedahkan bahawa:
“Maklumat terbaru dari pihak penganjur adalah pemakaian topeng (‘Lucha Libre) tidak dibenarkan sama sekali.”
“Saya perlu berterus terang kepada penganjur yang kita akan memakai topeng pejuang (‘Lucha Libre’) dan adakah mereka akan membenarkan hal tersebut atau tidak.”
jelas Alfonso Zegbe.
“Mereka sepertinya tidak membenarkan kita untuk memakainya.”
Lucha libre masks are banned at the upcoming world cuphttps://t.co/Lf6Nz60Q8o
— luchablog (@luchablog) October 11, 2022
Topeng tersebut dikategorikan sebagai barang terlarang dan para penyokong diharamkan dari memakainya ketika berada di dalam stadium menonton perlawanan Piala Dunia.
Zegbe telah memberi amaran kepada penyokong Mexico supaya tidak memakai topeng tersebut ketika pergi menonton perlawanan yang melibatkan negara mereka di Qatar nanti.
“Mari kita semua kenang semula yang kita berada di negara yang peraturan agama mereka ketat, yang mana ia berada di Timur Tengah. Mereka baru-baru ini telah menyenaraikan beberapa perkara yang dibenar dan tidak dibenarkan dan topeng itu tidak dibenarkan.”
Tambah Alfonso lagi.
Qatar 2022 bans Mexico fans wearing Lucha Libre masks at the World Cup https://t.co/cAdLjoBtLv
— Usa Jaun News (@UsaJaun) October 12, 2022
“Seandainya berada di lapangan terbang, arak secara automatik akan dirampas, seandainya ada hal-hal kecil yang salah, maka kamu perlu dapatkan bantuan dan nasihat dari petugas-petugas khas dari Mexico.”
“Jangan lupa yang kita ada kedutaan Mexico di Qatar sejak 2014 lagi dan segala yang melibatkan kem Mexico di pentas Piala Dunia Qatar kali ini adalah di bawah tanggungjawab kedutaan kita.”
“Memandangkan akan ramai penyokong yang bakal datang, sudah tentu ada beberapa individu yang akan dipertanggungjawabkan untuk memberi bantuan dari segi keselamatan di sana.”
“Jabatan Menteri Perhubungan mempunyai pengalaman yang hebat dalam mengendalikan hal seperti ini asalkan saja semua pihak beri kerjasama.”
Pengawal dan penjaga pintu stadium akan memeriksa setiap penyokong yang masuk dan sesiapa yang membawa masuk topeng tersebut, mereka bakal didakwa oleh pihak berkuasa Qatar.
Qatar 2022: Prohíben el uso de máscaras de Lucha Libre en el Mundialhttps://t.co/rJ0a5Htdar
— Aristegui Noticias (@AristeguiOnline) October 11, 2022
Topeng ‘Lucha Libre’ telah disenaraikan sebagai barang terlarang dan ia diharamkan sama seperti alkohol serta mercun.
Penganjur Piala Dunia Qatar 2022 juga turut mengesahkan yang topeng tersebut bakal menjadi hal utama yang akan diperiksa oleh petugas stadium nanti.
Sedikit sebanyak ia bakal memberi kesan kepada kem Mexico kerana topeng tersebut dianggap sebagai antara tradisi mereka ketika menonton perlawanan bola sepak.
¡MUNDIAL SIN MÁSCARAS! ❌
El Comité Organizador de la Copa del Mundo informa que estará prohibido el uso de máscaras de lucha libre en Qatar 2022.
Por lo que nos quedaremos sin las típicas máscaras del Dr. Wagner, el Santo o Blue Demon#Qatar2022 #SelecciónMexicana pic.twitter.com/EiNNFymYne
— Linea Deportiva (@NacionDMX) October 12, 2022
Skuad kebangsaan Mexico akan memulakan kempen FIFA Piala Dunia mereka bertemu Poland pada 22 November nanti, sebelum turun bertemu Argentina dan Arab Saudi untuk mengakhiri aksi di peringkat kumpulan.