Tony Adams Dedah Wenger Halang Hasratnya (Dan Vieira) Berbakti Kepada Arsenal

Kepada penyokong Arsenal yang tak mahu merosakkan memori indah mereka melihat Tony Adams menjulang trofi bersama-sama Arsene Wenger, kami nasihatkan kepada anda – jangan baca artikel ini.

Dalam temubual eksklusif bersama The Guardian, Tony Adams mendedahkan beberapa rahsia dan pendapat jujurnya mengenai Arsene Wenger. Ianya mungkin agak pahit untuk diterima oleh penyokong Arsenal. Terutama sekali penyokong Arsenal era lewat 80-an, 90-an dan awal 2000-an.

Tetapi itulah kebenaran. Ianya pahit.

Dalam temubual tersebut, Tony Adams mendedahkan 5 perkara berikut:

  • pendapatnya mengenai kelemahan Wenger sebagai jurulatih terutamanya dalam aspek taktikal
  • pergaduhannya dengan Wenger
  • jurang kekayaan Wenger dengan staf jurulatih Arsenal yang lain
  • mengapa beliau dan Vieira dihalang berbakti semula ke Arsenal
  • cubaannya mengambil alih Arsenal

Wenger bukan seorang jurulatih bola sepak

Ketika Arsene Wenger mula-mula mengambil alih Arsenal pada hujung September 1996, tindakan pertamanya sebagai jurulatih adalah menukar taktikal Arsenal daripada sistem 3 pertahanan kepada 4 pertahanan.

“Ianya ironik kerana saya ada tegur [Arsene] semasa Arsenal bolos 4 gol menentang AC Milan,” cerita Adams tentang masalah sistem 4 pertahanan Wenger.

“Wenger sendiri mengaku pasukan lawan gemar menghantar bola ke kawasan channel ketika bek sisi Arsenal naik menyerang,” sambung Adams lagi. “Tetapi beliau tak buat apa-apa pun [untuk mengubah taktikal].”

Adams turut mendedahkan di sebalik kelemahan Wenger sebagai jurulatih, beliau masih lagi merupakan pengurus yang bagus dari segi keseluruhan.

“Beliau [Wenger] masih lagi merupakan jurulatih yang baik. Tetapi beliau bukanlah yang terbaik pernah saya jumpa. Don Howe, Terry Burton, Terry Venables dan George Graham yang banyak ajar saya.”

(Photo by Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images)

“Mereka ajar saya bagaimana untuk bertahan, bagaimana untuk pasang perangkap ofsaid, bagaimana untuk push up.”

“Tetapi Arsene mempunyai kelebihan dari segi fisio, ekonomi dan psikologi berbanding mereka. Beliau adalah salah satu pengurus terbaik sepanjang zaman.”

Pergaduhan Adams dengan Wenger

Adams turut mendedahkan betapa hubungannya dengan Wenger menjadi renggang ekoran tindakan pengurus Arsenal itu yang berdolak-dalih dengannya.

Menurut Adams, beliau beberapa kali cuba memohon kerja sebagai jurulatih akademi Arsenal. Tetapi permohonannya tidak mendapat jawapan daripada Wenger.

“Beginikah cara kelab melayan saya selepas servis 23 tahun?”

“Saya faham jika Arsene tak mahukan servis saya jika beliau merasakan saya bukan jurulatih yang bagus. Tetapi beliau sering berkata kepada saya – anda boleh menjadi pengurus Arsenal pada satu hari nanti. Jangan berdolak-dalih. Beritahu saya perkara sebenar.”

(Photo by Gonzalo Arroyo Moreno/Getty Images)

Adams juga menjadi kecil hati apabila Wenger membatalkan kedatangannya di acara pelancaran bukunya yang bertajuk Sober.

Jurang kekayaan besar antara Wenger dengan stafnya

“Arsene sangat sayangkan duitnya,” dedah Adams ketika menjelaskan hubungan bekas bosnya dengan duit. “Beliau mendapat gaji £8 juta setahun tetapi gaji tahunan jurulatih akademi Arsenal hanya £30,000. Ambil sahajalah £7 juta setahun dan beri kenaikan gaji kepada jurulatih akademi.”

“Bukannya beliau perlukan duit tersebut untuk anjurkan parti mewah. Arsene tiada kawan pun. Beliau hanya mempunyai beberapa kawan di Perancis. Sedih saya melihatnya.”

Mengapa Adams dan Vieira dihalang berbakti semula ke Arsenal

Adams turut memberitahu Wenger gemar mengelilingi dirinya dengan individu pendiam yang tak banyak mencabar autoritinya – seperti Pat Rice dan Steve Bould.

“[Emmanuel] Petit, Lauren dan [Sol] Campbell pun bersetuju dengan saya. Mungkin Arsene tak sukakan saya. Tapi [Patrick] Vieira wajar diberi tempat di Arsenal,” dedah Adams.

“Arsene sentiasa mengelak daripada membawa staf yang mempunyai ‘karakter besar’ yang mencabar metodologinya.”

(Photo by Mark Leech/Getty Images)

Cubaan Adams mengambil alih Arsenal

Dalam bukunya, Adams memberitahu pembaca mengenai cubaannya untuk membentuk konsortium pemilikan 31% syer kelab bersama Danny Fiszman, pemegang syer Arsenal yang paling dihormatinya.

Ketika itu Stan Kroenke dan Alisher Usmanov masing-masing mempunyai 25% syer di Arsenal.

“Saya memberi cadangan [kepada Fiszman] itu untuk mengelak Arsenal daripada potensi berada di bawah pemerintahan diktator.”

“Kalau [Kroenke dan Usmanov] merupakan pemimpin yang bagus, tak apa. Tapi kalau mereka bertindak seperti diktator dan meraih duit yang banyak dari kelab, ia takkan mengubah apa-apa untuk kelab.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN