Mora: “Kami Tak Akan Main Bertahan Ketika Menentang Ceres Negros”

Benajmin Mora & JDT bakal meneruskan misi mereka untuk mara jauh dalam saingan Piala AFC musim ini apabila bertandang ke Filipina untuk menentang Ceres Negros.

Sebelum ini mereka berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 3-2 di laman sendiri.

Gambar: Rizanizam/Asiana

Walaupun menang, nyata jelas pasukan JDT masih lagi dalam keadaan yang belum selamat selepas melepaskan 2 gol yang cukup penting buat Ceres Negros sebagai jaringan di tempat lawan.

Oleh itu, pengendali JDT iaitu Benjamin Mora mahukan komitmen tinggi dari setiap anak-anak buah beliau menjelang perlawanan sukar di tempat lawan malam esok.

Saya menuntut para pemain untuk memberikan sepenuh komitmen mereka untuk memenangi perlawanan ini.”

Menerusi laman JOHOR Southern Tigers, Mora berkata yang beliau akan memastikan barisan serangan beliau akan mengambil segala peluang ketika perlawanan getir itu esok.

Hal ini kerana di Larkin JDT mempunyai banyak peluang dan sepatutnya boleh menjaringkan lebih dari 3 gol yang mereka berjaya dapatkan di Larkin.

Barisan serangan juga tidak boleh lagi terlepas peluang menjaringkan gol selepas beberapa percubaan yang sepatutnya menghasilkan gol tidak membuahkan hasil.”

Tak nak bertahan

Menurut Mora lagi, beliau tidak mahu mengamalkan corak permainan bertahan selepas menyaksikan tahap serangan dan keazaman pasukan lawan ketika di Larkin.

Gambar: Rizanizam/Asiana

Saya tidak mahu berada dalam keadaan selesa walaupun kami menang 3-2 tempoh hari kerana anda sendiri boleh lihat betapa pasukan lawan begitu agresif dan mampu menjaringkan gol di Larkin.”

Saya juga tidak akan mengambil risiko untuk bertahan kerana pasukan lawan masih berpeluang untuk menggagalkan usaha kami.”

JDT akan bertemu dengan Ceres Negros di Pana-ad Park and Football Stadium dalam misi layak ke perlawanan akhir peringkat zon Asia Timur.

Pemenang antara perlawanan ini akan bertemu sama ada Home United (Singapura) atau Global FC (Filipina).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN