Tony Adams Mahu Hector Bellerin Lebih Utamakan Peranan Sebagai Bek Kanan

Adams Bellerin

Legenda Arsenal, Tony Adams mengkritik corak permainan yang ditampilkan Hector Bellerin dan mahu pemain bek kanan kelahiran Perancis itu memberikan tumpuan penuh terhadap posisi utamanya itu.

Corak permainan Bellerin ketika bertahan dikritik hebat selepas beliau lambat untuk turun ke posisinya sekali gus memberikan ruang buat Son Heung-min dan Harry Kane untuk meledakkan jaringan pada pertemuan menentang Tottenham Hotspur, tempoh hari.

Keadaan itu turut mendapat perhatian khusus daripada Adams yang melihat Bellerin perlu lebih mengutamakan peranannya selaku bek kanan berbanding pemain sayap.

”Arsenal telah membawa masuk Cedric Soares dari Southampton, apa gunanya?” Ujar Adams menurut laporan Football London.

”Arsenal memerlukan seorang bek kanan yang lebih baik berbanding Hector [Bellerin] atau sekiranya anda merasakan Hector seorang pemain yang hebat, bekerjasama lah dengan dia.”

”Jangan letakkan dia sebagai pemain sayap kanan. Katakan kepadanya: ‘Duduklah di sana [sebagai bek kanan] pada pagi dan petang bersamanya’ dan jadikanlah dia sebagai bek kanan.”

”Dia tidak lebih baik atau tidak lebih buruk daripada Lee Dixon [bekas rakan sepasukan Adams] pada musim pertamanya. Dia bermain seolah-olah seperti seorang pemain sayap kanan.”

”Saya berkata ‘Dicko [panggilan Dixon], mari sini. Duduk di sini, pelajari tugasanmu. Pertamanya dan yang paling penting sekali ialah halang bola daripada masuk ke dalam gawang.”

”Di mana Hector ketika gol pertama [Tottenham] terhasil? Dia berada di hadapan! Lakukan tugas anda terlebih dahulu.”

”Pelajari cara menjadi pemain pertahanan yang baik, menjaga ‘clean sheets’ dan ambil pengajaran dari situ,” tambah Adams lagi.

Selain daripada corak bertahannya yang tidak memuaskan hati Adams, Bellerin juga terus menunjukkan kelemahannya apabila beliau dikesan melakukan kekasaran ketika cuba untuk melakukan lontaran ke dalam. Kesalahan itu merupakan kali kelima dilakukannya pada musim ini.

Kredit featured image: Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Tony Adams dan Hector Bellerin:

Tony Adams Hantar Permohonan Bagi Mengisi Jawatan Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan Singapura

Musim Hector Bellerin Disahkan Berakhir Kerana Kecederaan Pecah Ligamen

Bellerin Dedah Pantang Makanan Berdaging Punca Kecergasan Lebih Baik Musim Ini

Leave a Reply