Salah satu daripada aksi menarik suku akhir UEFA Champions League musim ini adalah perlawanan melibatkan gergasi Sepanyol dan Jerman – Real Madrid menentang Bayern Munich.
Aksi yang cukup menarik ini pastinya menjadi tumpuan. Mana tidaknya, ia melibatkan 2 pasukan yang merupakan calon utama untuk menjulang kejuaraan ini.
Perlawanan ini juga menyaksikan beberapa nama akan bertemu dengan bekas pasukan masing-masing antaranya Toni Kroos dan juga Carlo Ancelotti.
Tak takut
Bercakap kepada Marca, Kroos secara terang-terangan berkata beliau tidak gentar untuk menentang bekas pasukannya iaitu Bayern Munich.
“Saya sentiasa gemarkan cabaran dan turut gemar beraksi menentang pasukan-pasukan yang terbaik.”
“Saya langsung tak gentar menentang Bayern Munich. Lagipun jika anda mahu menang UEFA Champions League, anda perlu kalahkan pasukan seperti Bayern Munich dan juga Barcelona.”
Kali terakhir kedua-dua pasuka ini bertemu adalah ketika peringkat kalah mati UEFA Champions League 2014 yang menyaksikan Real Madrid muncul juara.
Ketika itu, Real Madrid menewaskan Bayern Munich dengan jaringan aggregat 5-0.
Dua pengurus berbeza
Kroos juga berbicara memgenai Zinedine Zidane dan juga Carlo Ancelotti yang cukup berbeza cara mereka mendekati pemain.
“Bagi saya, Zidane adalah seorang pengurus yang tak banyak cakap.”
“Beliau akan berikan arahannya secara jelas dan tepat. Beliau tak perlu habiskan 20 minit untuk bagi motivasi.”
Jika Zidane adalah seorang yang lebih senyap, Ancelotti pula lebih gemar bercakap dengan para pemainnya.
“Ancelotti seorang yang gemar bercakap dengan pemain. Beliau suka wujudkan suasana mesra antara para pemain.”
“Sebab itu pemain Real Madrid berasa sedih apabila beliau pergi.”
Baca juga: Isteri Shane Long Dedahkan Teknik Digunakan Suaminya Untuk Tenangkan Seamus Coleman