Andrea Pirlo Dedah Masih Kecewa Tewas Kepada Barcelona Ketika Final UCL 2015

Andrea Pirlo masih lagi kecewa dengan kekalahan yang dilalui beliau ketika bersama Juventus satu masa dahulu.

Beliau nyata kecewa apabila tewas ditangan Barcelona ketika perlawanan akhir UEFA Champions League musim 2015 di Berlin.

Ketika itu, mereka tewas 3-1.

Perit

Sehingga hari ini, pemain New York City FC itu masih lagi kecewa apabila pasukannya tumbang ditangan wakil Sepanyol itu.

“Pada waktu itu, kami sangat yakin boleh kalahkan Barcelona walaupun ketika itu mereka ada trio Messi, Suarez dan Neymar.”

“Tetapi kami lambat panas. Mujur kami dapat gol penyamaan dan kembali dalam perlawanan.”

Nasib tidak menyebelahi Juventus apabila mereka bolos 2 lagi gol selepas menyamakan kedudukan.

Bagi Pirlo, tewas mana-mana perlawanan akhir cukup perit baginya. Tetapi apabila melibatkan Juventus, perasaan itu lebih pedih dari selalu.

Pirlo menangis kecewa selepas Juventus tumbang ditangan Barcelona.

“Mana tidaknya, Juventus sudah lama tak menang kejuaraan Eropah.”

“Bagi saya, matlamat saya hampir tercapai apabila berjaya sampai ke perlawanan akhir ketika itu. Cuma malangnya kami kalah pada malam tersebut.”

“Selepas itu, saya rasa tugas saya di Juventus sudah pun selesai.”

Balas dendam

Namun jauh di sudut hati Pirlo, Juventus masih lagi mampu untuk muncul juara kejuaraan Eropah yang terulung itu.

Baginya, skuad yang ada mampu mengatasi pihak lawan untuk menjulang kejuaraan yang sudah lama tak singgah ke bandar Turin itu.

Namun mereka ada satu halangan di depan – Barcelona.

“Juventus boleh jadi juara UEFA Champions League.”

“Tetapi mereka perlu tewaskan dahulu Barcelona di perlawanan suku akhir. Dendam 2015 mesti dilunaskan.”

Kenapa Pirlo kata Juventus mampu juara? Hal ini kerana Juventus adalah pasukan yang cukup hebat dari segi taktikal.

“Mereka adalah pasukan yang cukup kompak dan boleh tumbangkan sesiapa sahaja.”

Baca juga: Toni Kroos: “Saya Tak Tahu Lawan Bayern Munich”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN