Tomok, Akim Pilih Harimau Selatan Baham Red Giants, Diana Danielle Harap Kedah Mampu Pulun

Dua perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2019 akan berlangsung di dua venue berbeza pada hari ini.

Pahang akan melayan kunjungan Kedah di Stadium Darul Makmur, manakala JDT pula bertandang ke Selangor untuk membuat perhitungan pasukan manakah yang paling layak beraksi di final pada 2 November hadapan.

Sudah lumrah dan kebiasaan, mana-mana penyokong bola sepak tanah air termasuk dari golongan artis dan pengamal seni tanah air akan memilih negeri kelahiran masing-masing untuk disokong.

Namun bagi Tomok, atau nama sebenar beliau Shah Indrawan bin Ismail, JDT mempunyai kelebihan untuk menafikan Selangor pada malam ini.

Bercakap kepada pemberita Berita Harian, Tomok yang merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan dan terkenal dengan lagu Rindu Terhenti berkata:

“Sukar untuk menjangka pasukan mana yang bakal mara ke pusingan akhir Piala Malaysia kali ini kerana JDT dan Selangor dilihat sama kuat. Boleh dikatakan juga, kedua-duanya pasukan pilihan saya. Justeru, saya berasakan perlawanan bakal berlangsung sengit nanti.

“Begitupun, saya rasa JDT ada sedikit kelebihan kerana mereka menang 2-1 pada perlawanan pertama. Namun, jangan pandang rendah terhadap pasukan lawan kerana apa sahaja boleh berlaku,” katanya.

Beberapa rakan artis yang lain seperti Akim yang merupakan anak kelahiran Johor sudah pasti akan memilih pasukan JDT.

Sebagai anak jati Johor, semestinya saya berharap kemenangan berpihak kepada pasukan JDT. Namun, berdepan dengan Selangor bukan tugas mudah kerana kita semua tahu kekuatan mereka. Oleh itu, pasukan JDT seharusnya bermain dengan sebaik mungkin.

“Diharapkan JDT mampu mara ke pusingan akhir Piala Malaysia,” katanya.

Tatkala penyanyi, Ippo Hafiz memilih Pahang untuk mara dan akan berhadapan dengan Selangor atau pun JDT di final nanti, pelakon jelita Daniel Danielle mahu Kedah bangkit dan ‘pulun’ di Stadium Darul Makmur.

“Kedah mempunyai rekod yang bagus dalam pertandingan Piala Malaysia. Justeru tidak mustahil mereka mampu mengulangi pencapaian memasuki perlawanan akhir, seterusnya menjulang trofi idaman itu,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN