Tomislav Steinbruckner Mahu Pertahanan Terengganu Lebih Peka Berdepan KL City

Pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner kini menjadi individu paling sibuk mempersiapkan pasukannya sebelum mereka mengharungi aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2023.

Lawan mereka pada malam ini merupakan Kuala Lumpur City (KL City) dan ianya dilihat bukan suatu tugas mudah bakal dihadapi Terengganu yang turut ingin melayakkan diri ke final.

Untuk rekod, skuad kendalian Steinbruckner sebelum ini pernah dikecewakan oleh KL City selepas pasukan tersebut menyingkirkan Sang Penyu pada aksi separuh akhir Piala FA 2023.

Sudah tentu pengendali dari Croatia ini enggan sejarah lalu kembali berulang, dan perancangan lebih baik dilakukan supaya mereka mampu mengatasi skuad kendalian Nenad Bacina.

Mengulas tentang perlawanan malam ini, Steinbruckner menuntut supaya para pemain beliau terutama di posisi pertahanan supaya lebih peka dan bijak untuk merantai pergerakan pasukan lawan terutamanya dalam petak penalti.

Menurut Steinbruckner, kelibat dua penyerang handalan KL City iaitu Tchetche Kipre serta Romel Morales boleh dianggap sangat berbahaya serta memberi ancaman tidak sepatutnya jika tidak dikawal dengan rapi.

Walaupun begitu, kem Terengganu mungkin boleh menarik nafas lega sedikit selepas ketua pasukan tersebut iaitu Paulo Josue dilaporkan tidak akan beraksi malam ini kerana menjalani hukuman penggantungan.

Selain itu, Steinbruckner juga mahu para pemain beliau turut memberi fokus penuh di posisi tengah bagi mengekang setiap pergerakan lawan supaya tidak banyak ancaman dapat dibuat mereka pada bahagian tersebut.

“Kita pernah bertemu skuad itu beberapa kali pada musim ini dan setiap perlawanan yang dilalui sudah pasti penting begitu termasuk pada malam ini kerana impian kita adalah untuk melangkah ke final piala berprestij dalam Liga Malaysia (Liga M) itu.

“Jadi seperti biasa saya sudah curahkan segalanya kepada pemain dan merancang ketika sesi latihan untuk mereka laksanakan di padang, jadi sudah tentu impian setiap jurulatih mahukan pemain dapat beraksi mengikut perancangan yang diatur.

“Buat pemain pertahanan khususnya, mereka perlu bersedia dan menyekat rangkaian penyerang lawan daripada bergerak bebas sekali gus menutup ruang buat mereka membuat percubaan yang sudah tentu boleh memberi ancaman kerana kita mahu membawa pulang bekalan sebelum aksi timbal balik,” katanya menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, Steinbruckner juga tidak risau dengan kehilangan bintang muda yang beraksi di posisi pertahanan tengah iaitu Safwan Mazlan yang turut digantung pada perlawanan malam ini kerana layangan dua kad kuning.

Ini kerana, beliau masih mempunyai beberapa pemain sebagai pengganti di posisi tersebut seperti Argzim Redzovic serta Ubaidullah Shamsul Fazili.

“Kita ada Ubai (Ubaidullah Shamsul Fazili, Argzim Redzovic dan beberapa lagi pemain, jadi saya tidak begitu risau walaupun pertahanan import, Sardor Kulmatov tidak dapat beraksi kerana masih belum cergas sepenuhnya daripada kecederaan,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN