Buat Tabung Logo Kelab Bola Sepak Untuk Sara Ibu Bapa

Siapa sahaja tidak pernah memiliki tabung dalam kehidupan mereka untuk dijadikan sebagai tempat simpanan wang lebihan, koleksi, atau sebagai barang perhiasan di rumah sebagai tatapan.

Untuk peminat bola sepak, pastinya tabung logo kelab bola sepak kesayangan mereka antara menjadi koleksi selain menjadikan jersi serta mafla dalam simpanan peribadi bersama nilai serta nostalgia tersendiri.

Antara hasil sentuhan kreatif Amer

Namun, ianya tidak mudah untuk dijadikan sebagai suatu hobi buat para ‘collector’ yang baru berjinak-jinak mengumpul tabung logo kelab bola sepak diminati mereka kini jika kita lihat daripada pelbagai faktor.

Antaranya, ia tidak pernah dihasilkan secara rasmi oleh sesetengah kelab dan sukar untuk mendapatkannya, atau harga yang terlalu tinggi kerana tabung tersebut merupakan koleksi lama.

Menyedari perkara tersebut, tampilnya anak jati Kelantan iaitu Mohd Amer Hamat yang kini menghasilkan tabung rekaannya sendiri dengan menggunakan tong gas pendingin hawa terpakai sebagai bahan asas.

Kreativiti pemuda dari Pasir Puteh ini bukan sahaja tertakluk kepada rekaan tabung logo pelbagai kelab bola sepak di dunia, tetapi ketelitian Amer sendiri yang menghasilkannya dengan begitu berkualiti.

Antara tabung logo kelab bola sepak yang dijual beliau kini ialah Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu, Manchester United, Liverpool serta banyak lagi mengikut kepada tahap permintaan ramai.

“Saya buat sendiri tabung duit ini dengan menggunakan tong gas pendingin hawa terpakai sebagai bahan binaan produk tersebut.

“Ianya bukan hanya berwarna di luar, tetapi saya saya turut memastikan ketelitian di dalam tabung itu sendiri.

“Selalunya ia hanya mengambil masa selama 3 atau 5 hari dan turut bergantung kepada cuaca, harga akan berbeza jika ia menuntut lebih banyak penggunaan warna.

“Setakat ini saya sudah menghasilkan tabung berlogokan kelab dalam dan luar negara, untuk badan korporat, serta kartun mengikut permintaan pelanggan,” kata Amer.

Sebelum itu, Amer juga menyatakan beliau menjual tabung-tabung ini kerana ingin menyara ibu beliau yang menjalani rawatan dialisis selain bapanya kini merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) disebabkan kemalangan.

“Semoga Allah SWT sentiasa memudahkan urusan saya serta hasil usaha saya ini dapat meringankan beban untuk menyara keluarga terutama sekali kedua ibu bapa,” ujar Amer.

Pemuda ini mula menceburkan diri dalam bidang tersebut sejak tahun 2013 lalu dan kini masih aktif menjual tabung rekaannya sendiri kepada orang ramai mengikut permintaan.

Saudara Amer bersama tabung yang masih belum diproses

Mengenai harga pula, Amer menyatakan ia bermula dari RM110 sehingga RM120 mengikut kepada rekaan yang ditempah oleh para pelanggan.

Jika berminat, boleh terus sahaja hubungi saudara Amer di 013-323 5015 untuk menempah tabung berkualiti ini daripada beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN