Tomislav Steinbruckner Gembira Pertahanan Terengganu Kental

Terengganu
Gonçalo Ramos' hat-trick in Coupe de France quarter-final Loading official content
Gonçalo Ramos' hat-trick in Coupe de France quarter-final
Check out Gonçalo Ramos' hat-trick in the Coupe de France quarter-final against Stade Saint-Brieuc, which ended 7-0 in favour of Paris Saint-Germain.
0 seconds of 52 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Lewis and O'Reilly fail to guess Marmoush's EAFC card
01:12
00:00
00:52
00:52
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Lewis and O'Reilly fail to guess Marmoush's EAFC card Madura United get ready for PSM Makassar Maeda's double sends Celtic 16 points clear in the Scottish Premiership Borneo prepare for Persis Solo clash at home Julián Alvarez: The top goalscorer of the Copa del Rey so far Leroy Sané and Kingsley Coman answer most Googled questions Julián Álvarez applauds Atlético de Madrid's reaction vs Barça Conceição decides Derby d'Italia Thomas Müller shares his favourite and funniest moments at Bayern Lihat lebih video French Federation di OneFootball

Pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner berasa gembira dan resah dalam masa yang sama selepas melihat persembahan anak-anak buahnya dalam aksi pramusim.

Kini sedang menjalani jelajah pramusim di Thailand, Steinbruckner berasakan yang pertahanan pasukannya berada dalam kedudukan yang baik untuk berhadapan dengan pihak lawan.

Menurut beliau, pertahanan Terengganu berada dalam keadaan ampuh untuk mengelak daripada dibolosi pihak lawan.

“Persiapan pasukan pada ketika ini dilihat seperti yang dirancang.

“Untuk beberapa siri perlawanan sebelum ini, kita sukar dibolosi dan bagi saya ianya adalah sangat baik dalam proses pramusim ini,” kata beliau di laman rasmi Terengganu.

Akan tetapi, Steinbruckner juga berada risau kerana barisan serangan berada dalam keadaan tumpul dan cukup sukar untuk menewaskan penjaga gol lawan.

Ini boleh dilhat apabila dua perlawanan terakhir di Malaysia menentang Kuala Lumpur City dan Negeri Sembilan semuanya berakhir dengan seri tanpa jaringan.

“Namun kita juga agak sukar untuk menjaringkan gol dan ini adalah masa yang tepat untuk kita terus memastikan kekurangan ini dapat kita terus perbaiki dan saya sangat percaya dengan kualiti yang pemain saya ada.

“Mereka bakal terus membentuk keserasian dalam menjadi pasukan yang lengkap untuk musim 2023,” kata Steinbruckner lagi.

Semalam, Terengganu diikat seri 1-1 ketika menentang Rajpracha dengan Zuasyaraf Zulkifli menjaringkan gol untuk Sang Penyu.

Mereka hari ini akan turun menentang Bangkok FC sebelum bertemu Odense (12 Februari) dan Chonburi (13 Februari).

Ujian kompetitif pertama buat Terengganu adalah berdepan Johor Darul Ta’zim dalam perlawanan Piala Sumbangsih pada 24 Februari di Iskandar Puteri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN