Toulouse Terpaksa Beli Jersi Di Kedai Nike Siap Cetak Nama Dan Tampal Badge

Toulouse (disebut Tulus) terpaksa menukar jersi mereka kepada warna putih pada saat-saat akhir. Kejadian ini berlaku dalam pertembungan Ligue 1 Perancis di antara Montpellier menentang Tolouse.

Montpellier menjadi hos menentang Toulouse yang bermain sebagai pasukan pelawat. Toulouse asalnya mengenakan jersi ‘away’ yang hadapannya berwarna merah jambu, tetapi belakangnya berwarna biru ‘navy’.

Berikutan warna jersi kedua-dua terlalu mirip, pengadil telah mengarahkan pasukan pelawat memakai jersi berwarna lain.

Kebiasannya pasukan tuan rumah akan bersimpati dengan lawan. Dan kita pernah melihat pasukan Arsenal memakai jersi ke-3 mereka dalam perlawanan UCL menentang Basel.

Ini kerana Basel hanya ada 2 jenis jersi sahaja. Kes yang sama melibatkan Arsenal pada 1998 ketika menentang Galatasaray di Wembley.

Arsenal memakai jersi warna biru kerana Galatasaray cuma ada 2 jersi. Kedua-dua jersi mereka konflik dengan warna jersi Arsenal.

Namun dalam perlawanan Ligue 1 di antara Montpellier dan Tolouse ini, pasukan tuan rumah tidak ada jersi ke-3 di loker mereka.

Ini memaksa pengurusan pasukan pelawat itu bergegas ke kedai Nike untuk mendapatkan jersi. Mereka hanya menampal nombor pemain dan logo Ligue 1 pada baju pemain.

Tolouse beraksi dalam persalinan serba putih di dalam perlawanan ini.

Adakah ia mencari pasal dengan Joma?

Harapnya Joma selaku pembuat jersi Toulouse tidak mengambil tindakan kepada kelab itu. Perkara ini barangkali ada yang terlepas pandang.

Namun, kekalutan kecil itu tidak menghalang Toulouse menang dengan gol tunggal oleh Andy Delort. Andy menjaringkan gol pada minit ke-45.

Baca juga: Mauricio Pochettino Ajak Pemain-Pemain Beliau Optimis Untuk Kejar Chelsea

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN