‘Tolak Tawaran Kelab Jepun & Sepanyol’ – Ini Sebab Quang Hai Selesa Kekal Bersama Hanoi FC

Bintang skuad kebangsan Vietnam, Nguyen Quang Hai, dikabarkan telah menolak beberapa tawaran untuk beraksi di luar negara.

Beberapa laporan daripada media Vietnam seperti Soha VN dan SMM Sport berkata pemain berusia 24 tahun itu kini lebih selesa untuk terus kekal bersama Hanoi FC.

Malah Quang Hai dilaporkan telah memperpanjangkan kontrak bersama kelab V-League itu selama setahun. Tiada keraguan lagi Quang Hai juga merupakan aset penting Hanoi FC selama ini.

Tawaran dari La Liga dan J-League

Baru-baru ini Quang Hai dilaporkan telah menerima tawaran dari salah sebuah kelab Sepanyol, Deportio Alaves. Jika menyertai kelab bimbingan Javier Calleja itu pada jendela perpindahan Januari ini, maka Quang Hai berpeluang beraksi menentang pasukan yang lebih hebat seperti Real Madrid atau pun Barcelona.

Menurut laporan, tawaran daripada Alaves hanyalah untuk durasi kontrak singkat (dipercayai selama 6 bulan, sehingga penghujung musim). Namun demikian Quang Hai tetap mempunyai peluang memperpanjangkan kontrak untuk kekal di Sepanyol sekiranya mampu menampilkan aksi cemerlang sepanjang berada di sana.

Malang sekali kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat, dan tolakan untuk ke Sepanyol sedikit sebanyak mengecewakan penyokong bola sepak di Vietnam

Selain Deportivo Alaves, khidmat Quang Hai turut diintai dan ditagih oleh kelab J-League, Consadole Sapporo. Tawaran daripada bekas kelab ketua pasukan Thailand, Chanatip Songkrasin itu turut berakhir dengan nasib yang sama.

Sebab enggan tinggalkan Hanoi FC

Di dalam kes Quang Hai, kelab asal pemain itu, Hanoi FC juga sebenarny tidak menyokong perpindahan pemain tersebut. Malah Hanoi FC kini dilaporkan telah menutup sebarang bentuk rundingan daripada mana-mana kelab untuk mendapatkan pemain perancang itu.

Quang Hai sendiri pula dikatakan memberikan fokus untuk mengembangkan kariernya di liga domestik. Minit perlawanan juga dikatakan menjadi faktor utama mengapa Quang Hai enggan berhijrah.

Bersama kelab Vietnam itu, Quang Hai sudah memastikan dirinya di dalam kesebelasan utama, berbanding jika menyertai kelab Jepun atau Eropah yang lain.

Bagi beliau kekerapan bermain amat penting untuk meningkatkan potensi diri. Dan menurutnya perkara itu boleh diperolehi secara maksimum bersama Hanoi FC berbanding dengan kelab di luar negara. Usianya yang masih muda juga menjadi faktor beliau enggan terburu-buru untuk mengubah angin dalam kariernya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN