Bagaimana Penang Akan ‘Hidup’ Tanpa ‘Jeneral’ Khairu Azrin Dalam Padang?

Khairu Azrin Penang FC 2021

Khairu Azrin merupakan pemain tengah bertahan yang penting buat Penang FC sepanjang saingan Liga Super musim lalu yang menyaksikan mereka mengejutkan banyak pihak menamatkan saingan di kedudukan ketiga.

Hanya dua mata di belakang Kedah Darul Aman FC, Penang meraih 41 mata, tiga mata di depan Terengganu FC. Ini yang mengejutkan banyak pihak kerana itu merupakan musim pertama skuad itu kembali ke saingan tertinggi Liga Malaysia. Prestasi cemerlang itu dipacu oleh prestasi memuncak oleh setiap pemain mereka.

Sejak bersama mereka musim 2020, Khairu Azrin membantu Penang meraih tiket ke Liga Super selepas muncul juara Liga Premier di bawah kendalian Manzoor Azwira. Musim 2019, beliau beraksi bersama Terengganu FC.

Khairu Azrin ‘Acong’ Berterima Kasih Kepada Penang Yang Angkat Semula Reputasinya

Beliau ‘turun’ pangkat daripada bermain bersama skuad Liga Super untuk beraksi bersama Penang di Liga Premier. Sebelum ke Pulau Mutiara, sepanjang 10 tahun, beliau telah menabur bakti dengan FELDA United, PKNS FC dan Melaka United, selain Terengganu. Kariernya seperti ‘hilang’ selepas meninggalkan PKNS FC.

Ini diakuinya dalam temu bual dengan Malaysian Football League (MFL). Ungkapnya mengenai karier di Penang, “Segala jasa Penang tidak akan dilupakan kerana di sinilah saya rasa karier ini kembali naik dan ramai mula dapat melihat semula kemampuan saya. Dua musim yang istimewa di Penang yang saya tidak lupakan.”

Reputasi yang diciptanya di sana adalah sebagai pemain nombor 6 terbaik yang sudah lama tidak disaksikan penyokong. Beliau menjadi kunci kestabilan pasukan dalam fasa bertahan dan juga menyerang pasukannya.

Semua fokus akan lebih terarah kepada aksi kapten, Endrick dos Santos, namun jangan dilupakan peranan yang dimainkan Khairu Azrin di tengah. Beliau merupakan penghubung antara pertahanan dan serangan, selain akan menjadi pelindung pertama buat barisan benteng sekiranya skuad Harimau Kumbang menerima ancaman.

Kepetahannya dalam mematahkan serangan lawan selain kemampuannya dalam membuat hantaran jarak jauh umpama ‘missile’ ke jentera depan merupakan aset penting buat pemain berusia 30 tahun itu. Malah, pengulas sukan, Shahrom Kalam pernah memuji aksi Khairu Azrin dalam rancangan Nadi Bola terbitan Astro Arena.

Beliau berasa hairan mengapa pemain seperti Khairu Azrin tidak dipanggil ke dalam kem skuad kebangsaan.

Dalam 17 penampilannya, Penang hanya tewas dua kali ketika beliau bermain – tewas 0-2 kepada JDT dan 1-4 kepada Selangor FC. 11 kali Penang menang ketika beliau bermain dan hanya menang dua kali tanpa kelibatnya di padang. Anda boleh nampak peranan besar yang dimainkannya kepada jentera tengah Harimau Kumbang?

Pengaruhnya di tengah tidak boleh disangkal. Tanpanya, Penang menang dua kali dan tumbang tiga aksi.

Adakah Harimau Kumbang mampu ‘hidup’ tanpanya di enjin pasukan? Jelas ia satu tugasan besar buat barisan kejurulatihan untuk menggantikannya. Malah, Manzoor Azwira juga pernah menggelarnya Jorginho. Jadi, ia satu but yang besar untuk diisi oleh penggantinya selepas ini. Siapa yang bakal mengambil alih posisi tersebut?

Setakat ini, calon terus untuk menggantikannya adalah seorang lagi pemain tengah bertahan terbaik negara, Azzizan Nordin yang didatangkan dari Sabah FC. Ada dikalangan penyokong The Rhinos menggelarnya Javier Mascherano dek kerana permainan agresif dan lasaknya membantu pertahanan ketika mereka diasak lawan.

Sejauh mana Penang akan boleh ‘hidup’ tanpa Khairu Azrin? Menarik untuk disaksikan pada musim depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN