Tolak Panggilan Kim Pan-gon, Azam Azih Turun Pra-Musim Sri Pahang

Nor Azam Azih Sri Pahang pra-musim 2023

Mungkin Sri Pahang dilihat agak pasif mengumumkan persediaan musim baharu, tetapi secara tiba-tiba gambar pra-musim dimuat naik semalam.

Pasti yang menarik perhatian penyokong adalah foto arkitek kesayangan, Nor Azam Azih yang dilihat turut menyertai sesi latihan pra-musim itu.

Mereka pastinya menghargai kesetiaannya untuk bersama Sri Pahang di saat pelbagai khabar angin tentang masa depannya yang kian samar sebelum ini. Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu FC dan Selangor FC antara yang dikaitkan cuba membawanya keluar dari Darul Makmur.

Sebelum ini pun Azam sendiri telah menafikan tentangnya di Utusan Malaysia, “Isu perpindahan saya ke JDT adalah khabar angin semata-mata.

Selepas kesetiaan bersama Tok Gajah tidak tergugat, timbul pula persoalan, mengapa beliau memilih untuk menolak panggilan skuad kebangsaan?

Sedangkan beliau dilihat boleh turun untuk sesi latihan pra-musim pasukan saat rakan-rakan di kem negara bertolak ke saingan Piala AFF, semalam.

Adakah Piala AFF tidak lagi menarik minatnya untuk tampil beraksi seperti satu masa dahulu? Masih ingat betapa beliau mahu sangat dipanggil?

Atau sesi latihan pra-musim Sri Pahang ini, beliau hanya melakukan latihan ringan disebabkan sedang dirundung kecederaan lama? Segalanya samar.

Pada edisi 2018, Azam dilihat terpaksa ‘menjemput’ pengendali ketika itu, Tan Cheng Hoe untuk memanggilnya bagi mengukuhkan Harimau Malaya.

Ini kerana, beliau pada awalnya tidak tersenarai ke kem latihan akibat kecederaan. Katanya, “Apa yang boleh saya katakan lutut kanan yang sebelum ini cedera sudah pulih sepenuhnya dan jika dipanggil mewakili skuad Harimau Malaya, saya sedia memberikan komitmen 100 peratus.

Enggan mengambil risiko, Cheng Hoe tetap tidak membawanya ke Piala AFF dan Azam bertekad mahu tersenarai untuk ke Pestabola Merdeka.

Saya akui terkilan apabila tidak disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya ke Piala AFF lalu. Tapi ia tidak memadam misi saya untuk kembali menyarung jersi skuad kebangsaan,ungkap Azam kepada Berita Harian.

Dapat dilihat api perjuangannya apabila dinafikan peluang untuk mewakili skuad kebangsaan, kenapa kini sebaliknya? Apa yang telah berlaku?

Adakah beliau mengalami kecederaan? Jika hendak dikatakan urusan keluarga, beliau boleh turun untuk pra-musim bersama Tok Gajah.

Jika kita imbau semula sekitar September lalu, Azam ada mengungkap rasa kecewa dengan prestasinya yang menurun akibat masalah kecederaan.

Permainan saya dah tak sama macam dulu disebabkan sakit di bahagian ‘meniscus’, itu yang mengganggu prestasi saya dalam liga kerana tak boleh betul-betul paksa. Saya seorang pemain yang gemar lakukan pintasan tetapi sakit yang saya alami ini membuatkan saya sukar untuk buat demikian, jadi keyakinan saya agak kurang,ujarnya lanjut kepada Harian Metro.

Namun, tiada masalah untuknya menolak dek kerana Piala AFF tiada dalam kalender FIFA. Cuma sedikit ralat, pemain terbaik yang dahulu bersemangat mewakili negara sepertinya kini tiada dalam skuad ke Piala AFF.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN