‘Mesin’ Bertemu Mesin – Harimau Malaya Berlatih Disamping ‘Steamroller’

Mesin Harimau Malaya Piala AFF 2022

Di kalangan pengikut bola sepak Malaysia, ada yang secara sinis berkata skuad Harimau Malaya yang terpilih untuk ke Piala AFF adalah ‘mesin’.

Ia bermula sejak pengumuman senarai 29 pemain untuk kem latihan skuad kebangsaan bagi persediaan untuk ke saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 disebabkan ada dikalangan pemain-pemain yang disisihkan lebih awal atas permintaan oleh sebab-sebab peribadi, keluarga dan kecederaan.

Ia secara halus mengkritik pemain-pemain yang ‘menolak’ untuk bersama skuad kali ini dengan mengaitkan mereka yang terima sebagai ‘mesin’.

Ini dikukuhkan dengan kenyataan oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) di Instagram, membalas kenyataan pengendali skuad kebangsaan, “Satu tahun main bola dan berlatih tanpa henti dan cuti hanya enam hari dalam satu tahun? Pemain bukan mesin.

Seperti yang kita tahu, cabaran yang terpaksa dilalui oleh pengendali, Kim Pan-gon saat panggilan skuad negara mahu dibuat olehnya sebelum ini.

Ada pasukan yang tidak melepaskan pemain-pemain utama mereka iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan KL City FC – kedua-duanya terlibat dengan jadual padat tahun ini selain Piala AFF berlangsung di luar kalender FIFA.

Antara pemain yang terpaksa dilupakan oleh Kim untuk kempen Piala AFF adalah seperti Shahrul Saad, Syafiq Ahmad, Corbin Ong dan Arif Aiman Hanapi dari JDT selain Akram Mahinan serta Declan Lambert dari KL City.

Bagi pemain-pemain yang berada di kem skuad negara ketika ini, mereka menerima sokongan moral yang amat kuat antaranya daripada Ultras Malaya yang menyiapkan sepandukHoist the colours high” dan digantung di Wisma FAM sebelum ini. Ia diikuti dengan sepanduk panjang yang dibentangkan di KLIA ketika skuad itu menanti penerbangan ke Myanmar.

‘Hoist The Colours High’ – Harimau Yang ‘Terluka’ Mungkin Lebih Garang

Mungkin mereka merasakan skuad ini lebih memerlukan aura positif berbanding aura negatif di luar padang disebabkan panggilan kali ini.

Dan seperti mengikuti irama yang giat didendang di kalangan penyokong, sekeping gambar sesi latihan skuad kebangsaan di Yangon, Myanmar, yang dikongsi oleh media sosial Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terlihat para pemain sedang giat berlatih di sebelah mesin iaitu ‘Steamroller’.

Sengaja atau tidak disengajakan? Tidaklah dapat dipastikan secara tepat.

Ia menerima respon yang amat hangat di kalangan penyokong apabila bermacam-macam komen dapat dilihat hanya di gambar tersebut sahaja.

Dan semua penyokong dilihat mengaitkan ‘steamroller’ sebagai mesin yang sedang berlatih bersama ‘mesin’ Harimau Malaya. Gambaran unik!

Malaysia akan membuka kempen di Piala AFF kali ini berdepan Myanmar pada 21 Disember (esok) di Stadium Thuwunna untuk aksi pertama Kumpulan B. Selain Malaysia dan Myanmar, Vietnam, Singapura dan Laos juga turut diundi dalam kumpulan yang sama untuk edisi ke-14 kali ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN