‘Tobak Ambe Dok Buak Doh’- Penyokong TFC Menyesal Panjat Pagar Stadium

TFC

Menyedari kekhilafan yang pernah dilakukannya kira-kira 10 tahun yang lalu, seorang penyokong Terengganu FC (TFC) tampil ke pejabat kelab tersebut untuk menebus kembali kesilapannya itu.

Menurut sumber laman Facebook rasmi TFC, peminat yang tidak didedahkan identitinya itu telah membayar semula wang tiket bagi tiga perlawanan melibatkan Terengganu pada tahun 2010/2011.

Hal ini kerana, peminat itu telah menyaksikan tiga perlawanan tersebut dengan memanjat pagar stadium dan kini beliau menyedari bahawa apa yang telah dilakukannya tidak langsung membantu perjalanan pasukan.

Penyokong tersebut mengaku kesalahan dilakukannya kerana berkelakuan sedemikian dan turut mengakui pada ketika itu beliau masih muda serta tidak berfikiran terbuka tentang sumbangan peminat dalam membantu kewangan pasukan walaupun sekadar hanya membeli sekeping tiket.

Dalam perkembangan sama, pihak TFC juga memuji tindakan murni itu dan menganggap individu tersebut merupakan seorang yang jujur sebagai penyokong dan juga manusia.

Penuhi stadium dan membeli tiket perlawanan sememangnya merupakan antara sumbangan yang paling mudah buat para penyokong dalam membantu kantung pasukan kesayangan masing-masing walaupun nilai yang diperolehi mungkin tidaklah terlalu besar berbanding perbelanjaan keseluruhan pasukan.

Moga para penyokong dapat menjauhi amalan memanjat pagar kerana ia bukan sahaja merupakan perkara negatif malah boleh juga membahayakan keselamatan anda.

Permasalahan seperti ini bukan sahaja berlaku di Terengganu, pastinya semua stadium di seluruh negara ada kisahnya yang tersendiri.

Memanjat pagar dan pokok, tiket palsu, ‘memujuk’ penjaga pintu masuk dan sebagainya sentiasa menjadi warna-warni para penyokong bola sepak Malaysia. Selain itu, kurangkan juga kebergantungan terhadap tiket subsidi daripada pihak-pihak tertentu.

Kredit featured image: Terengganu FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN