VIDEO: Lihat TMJ Lakukan Terjahan Keras Terhadap Pengarah Sukan JDT Martin Prest

Baru-baru ini, laman JOHOR Southern Tigers (JST) telah mengeluarkan satu klip melibatkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam sebuah perlawanan bola sepak.

Dalam aksi perlawanan akhir Kejohanan Staf Istana Johor, TMJ beraksi dalam perlawanan tersebut dengan menyarung jersi bernombor 34.

Apa yang menariknya, TMJ telah mencuri tumpuan dengan melakukan terjahan keras terhadap Pengarah Sukan JDT (sporting director) iaitu Martin Prest.

Terjahan keras itu nyata mengejutkan penonton yang hadir dengan Prest dilihat menjerit kesakitan sewaktu diterjah.

Laman Twitter JST juga mengatakan terjahan itu sepatutnya TMJ memperoleh kad merah secara terus (straight red card).

Namun kata laman Twitter JST, pengadil itu “separuh buta”.

“TMJ.. kad merah kerana menerjah Martin Prest.. tetapi pengadil itu separuh buta..”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN