FELDA United Lancar Jersi Baharu Untuk Musim 2018, Hitam Sebagai Warna Utama Pasukan

Pasukan Liga Premier iaitu FELDA United telah mendedahkan jersi baharu yang bakal digunakan oleh pasukan tersebut untuk saingan 2018.

Masih lagi dengan jenama FBT dari Thailand sebagai pengeluar jersi mereka, pasukan yang berpengkalan di Jengka, Pahang ini mengeluar 3 jenis jersi untuk musm ini.

3 jersi tersebut adalah jersi utama (home), jersi kedua (away) dan juga jersi alternatif (alternate).

Pendedahan jersi ini juga merupakan sebahagian dari majlis pengenalan jersi baharu FELDA United serta skuad FELDA United bagi 2018 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Hitam jadi keutamaan

Untuk musim ini, FELDA United telah melakukan satu percubaan berani apabila menjadikan warna hitam sebagai warna utama pasukan.

Rekaan pada jersi utama FELDA United dapat disaksikan dengan warna hitam sebagai warna utama jersi tersebut dengan warna jingga digunakan sebagai warna kedua.

Direka dengan kolar, terdapat garisan nipis yang menghiasi bahagian depan bagi jersi utama pasukan ini.

Jersi utama FELDA United untuk musim 2018.

Jersi kedua pula menyaksikan jersi belang berwarna putih biru digunakan.

Apa yang menariknya dengan jersi ini adalah jersi kedua ini terdapat rekaan menarik yang turut diletakkan pada jersi kedua tersebut.

Sama juga dengan jersi pertama, kolar turut digunakan pada jersi ini.

Jersi kedua FELDA United untuk musim 2018.

Bagi jersi alternatif pula, mereka menggunakan warna lazim FELDA United iaitu jingga.

Menggunakan rekaan yang hampir sama dengan jersi kedua, kali ini warna jingga menjadi warna utama sementara warna hitam menjadi warna kedua jersi ini.

Jersi ketiga FELDA United untuk musim 2018.

Selain itu, terdapat warna putih yang dimasukkan untuk menjadi elemen garisan nipis pada jersi tersebut.

Anda boleh menonton video pengenalan jersi baharu FELDA United dengan menonton video di bawah:

Apa kata anda? Menarik tak?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN