TMJ: ‘Tan Cheng Hoe Pilihan Terbaik, Dia Bebas Bentuk Pasukan’

Dalam sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya sebentar tadi, Presiden FAM Tunku Mahkota Johor (TMJ) menyatakan pemilihan Tan Cheng Hoe sebagai jurulatih kebangsaan adalah kerana beliau pilihan terbaik ketika ini.

TMJ mengesahkan yang Tan Cheng Hoe diberikan kontrak 2 tahun untuk menjadi pengendali pasukan kebangsaan.

TMJ memberitahu situasi dalam skuad kebangsaan ketika ini, orang melihat luaran sebagai sukar dengan kegagalan untuk menang dan jurulatih dilihat tidak berada dalam prestasi terbaik.

Tetapi, secara dalamannya pula, ia lebih teruk daripada itu. Banyak isu di dalam yang harus diperbaiki kerana kita selama ini jauh ketinggalan dari segi mendidik pemain sejak dari awal lagi.

Baginda juga tidak meletakkan harapan yang tinggi dan memberikan kebebasan kepada Tan Cheng Hoe untuk melantik staf kejurulatihan beliau dan tidak perlu mana-mana pihak mengacau tugasan beliau.

Dalam sidang media yang sama, TMJ berharap Tan Cheng Hoe fokus kepada tugas untuk membentuk mentaliti kemenangan dalam diri pemain yang bermain dalam pasukan kebangsaan.

Seterusnya TMJ juga berharap Tan Cheng Hoe akan mampu memperbaiki tenaga dalam bilik persalinan daripada apa yang ada sekarang.

Ini seterusnya akan membuatkan pemain tidak merasakan bahawa mewakili pasukan kebangsaan itu adalah satu beban, sebaliknya ia satu penghargaan.

Baginda juga berharap agar pasukan kebangsaan Malaysia akan lebih baik selepas ini dan boleh mendapat keputusan positif dalam situasi yang ada.

Dan baginda memberitahu realiti di Malaysia, setiap pasukan ada sindrom pemain lebih besar daripada jurulatih.

Jadi, setiap kelab dan pasukan harus mengawal isu ini supaya pemain tidak terlalu besar dan menjadi ikutan pemain-pemain muda yang baru. Baginda memberitahu:

“Tak guna kalau kita lantik Carlo Ancelotti, apabila dia ada training regime dia sendiri, dan ada 8 atau 9 pemain senior mogok dan yang lain pun ikut.”

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN