Rajagobal Harap Tan Cheng Hoe Sedia Berdepan Kritikan Pedas Daripada Penyokong

Bekas jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal berharap pengendali baharu, Tan Cheng Hoe tidak cepat melatah dengan kritikan pedas daripada penyokong bola sepak tanah air.

Beliau bercakap kepada berita harian, mengingatkan kepada penyokong betapa bekas pembantunya itu bukannya ahli silap mata yang mampu mengubah nasib Harimau Malaya dalam sekelip mata.

“Dia (Cheng Hoe) seorang jurulatih yang ikhlas dan berdisiplin. Saya tidak boleh nafikan perkara ini. Mungkin dia sudah cukup pengalaman bersama saya dan saya fikir dia memang berhak untuk dilantik sebagai ketua jurulatih. Namun jangan beri tekanan kepadanya.

“Saya yakin, kalau kita beri masa dan peluang yang cukup, dia akan buat sesuatu. Kritikan adalah perkara biasa. Namun biar dia fokus dengan tugas dia dan biarlah dia buat apa yang dia rasa bagus untuk pasukan.

“Dia ada presiden (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) yang boleh beri sokongan. Cheng Hoe tidak perlu risau tentang perkara lain kerana dibelakangnya, tetap ada sokongan presiden. Begitu juga dengan penyokong… kita kena sabar dan jangan mahukan keputusan terlampau cepat,” katanya.

Photo by Zulfachri Zulkifli / www.asiana.my,

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menaikkan ‘pangkat’ Cheng daripada penolong jurulatih kepada ketua jurulatih Harimau Malaya bagi menggantikan Nelo Vingada yang meletak jawatan.

Vingada ambil keputusan meletak jawatan selepas gagal menghadirkan sebarang kemenangan buat skuad negara sepanjang tujuh perlawanan kendaliannya.

Rajagobal dan Cheng Hoe pernah mencipta legasi di pentas antarabangsa ketika kedua-duanya bergandingan membantu skuad negara raih pingat emas Sukan SEA 2009 di Laos, diikuti kejayaan muncul menjulang Piala AFF Suzuki 2010.

Pada masa sama, Rajagobal menegaskan keputusan aksi kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan Mac ini tidak boleh dijadikan ukuran sebenar kemampuan Cheng Hoe.

“Kita kena terima hakikat ini (kritikan) namun saya percaya penyokong kini sudah matang. Kita tetap ada ruang untuk meningkat. Kita harus ingat yang sebelum ini juga kita turut ambil masa lama untuk berjaya.

“Daripada aspek itu, Cheng Hoe tahu apa yang perlu. Dia kenal pemain Malaysia dan kita kena beripeluang serta bersikap realistik.

“Tetapi janganlah selepas keputusan perlawanan itu (lawan Lubnan), kita terus buat kesimpulan. Itu tidak wajar dibuat dan tidak adil buat Cheng Hoe,” katanya. – BH

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN