TMJ Tak Makan Hati Dengan Chant FAM Bangsat, Tetapi Nak Jumpa ‘Topi Merah’

Dalam perlawanan Hong Kong menentang Malaysia, Ultras Malaya telah menunjukkan ketidakpuasan hati mereka kepada prestasi semasa skuad Malaysia.

Mereka menempiaskannya kepada FAM dengan chant FAM Bangsat bergema di Stadium Hong Kong. TMJ mendengar chant tersebut dan baginda tidak ambil hati.

“Macam semalam, Ultras Malaya mula menyanyikan lagu FAM bangsat. It’s ok, no problem!

“Saya pun nyanyi benda tu juga dulu. Tiada masalah, tak ada ambil hati punya.”

“Semua orang mahukan kejayaan, semua orang mahukan kemenangan. Dan kita akan cuba mendapatkan keputusan yang baik. Cuma buat masa ini, kita tak mampu memberikan anda keputusan yang baik.”

“Tiada masalah untuk kecewa. Tak ada rasa sakit hati. Kita semua profesional. Jadi, apabila orang nyanyi FAM Bangsat, kadangkala saya ikut juga.”

Namun di akhir sesi, TMJ bercadang untuk berjumpa dengan budak topi merah Ultras Malaya.

“Yang budak topi merah tu, aku nak jumpa dia. Aku nak jumpa dia, budak topi merah tu.”

“Ni guarantee, tak dapat duit tambang pergi Hong Kong, tu yang dia bangsatkan FAM. Cuba dapat duit tambang, tengok dia bangsatkan ke tak?”

“Kalau handal sangat, kita patut berjumpa. Kita boleh bercakaplah. Kita manusia bukannya binatang, nak makan antara satu sama lain. Nasihat saya kepada diorang, teruskanlah nyanyi lagi tu, tiada masalah!”

Sambil berseloroh baginda berkata:

“Apabila anjing menyalak bukit, bukit takkan runtuh!”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN