Paul Scholes Hadiri Temuduga Untuk Jawatan Pengurus Oldham Athletic

Bekas pemain tengah Manchester United dan England, Paul Scholes dilaporkan sedang berbincang dengan Oldham Athletic untuk jawatan pengurus kelab berkenaan.

Akhbar di Britain melaporkan wakil dari kelab berkenaan telah berjumpa dengan ejen Paul Scholes untuk mengatur satu perjumpaan dengan legenda Old Trafford itu berkenaan jawatan pengurus yang kosong selepas pengunduran John Sheridan pada 25 September lalu.

Namun Oldham Athletic enggan memnberikan sebaran komen akan status Scholes bersama kelab itu buat masa ini.

(Photo by Nathan Stirk/Getty Images)

Scholes mempunyai pengalaman sebagai pembantu kepada Ryan Giggs ketika Giggs dilantik sebagai pengurus sementara Manchester United selepas pemecatan David Moyes.

Scholes turut pernah mengurus kelab miliknya, Salford City bersama-sama dengan bekas rakan sepasukan di United Phil Neville, namun Oldham akan menjadi pasukan pertama yang akan memberikan peranan itu secara serius jika ia menjadi satu kenyataan.

(Photo by Martin Rickett/PA Images via Getty Images)

Pada 2015, Paul Scholes mendedahkan bahawa beliau pernah ditawarkan peluang untuk membimbing Oldham Athletic, namun terpaksa menolak tawaran tersebut kerana ia bukanlah masa yang sesuai untuk beliau menggalas tanggungjawab tersebut.

Sebagai seorang penyokong kelab bola sepak Oldham Athletic, Paul Scholes pernah berkata bahawa satu hari nanti beliau akan tampil lebih bersedia untuk mengendalikan Oldham.

Belum ada keputusan rasmi mengenai kedudukan Paul Scholes bersama Oldham pada masa kini, dan seorang lagi bekas produk akademi Manchester United, Richie Wellens dilantik sebagai pengurus interim kelab berkenaan buat masa ini.

(Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Richie Wellens merekodkan 100% kemenangan dalam 3 perlawanan untuk Oldham Athletic sejak mengambil alih jawatan tersebut secara interim daripada John Sheridan.

Selain daripada Paul Scholes, bekas bintang AC Milan dan Belanda, Clarence Seedorf turut merupakan salah seorang calon yang dipertimbangkan oleh hierarki di Oldham.

Pengerusi Oldham Athletic, Simon Corney dilaporkan akan memanggil satu mesyuarat bersama lembaga pengarah kelab tersebut pada minggu hadapan sebelum menamakan pengurus baharu kelab berkenaan dalam masa terdekat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN