2018 merupakan tahun yang cukup baik buat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) walaupun musim belum lagi berakhir.
Itulah yang dizahirkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam kemaskini terkini yang dikeluarkna oleh laman JOHOR Southern Tigers.
Hal ini kerana menurut baginda, JDT telah berjaya mencapai pelbagai kejayaan yang cukup membanggakan pada musim ini.
Paling menjadi tumpuan adalah kejayaan pasukan selatan Malaysia itu untuk meraih kejuaraan Liga Super untuk kali kelima berturut-turut.
Dalam masa yang sama kejayaan itu, telah berjaya membawa JDT untuk ke pentas tertinggi Asia apabila bakal beraksi dalam saingan AFC Champions League (ACL) musim hadapan.
“Saya rasakan tahun ini adalah tahun terbaik buat JDT. Kenapa?”
“Hal ini kerana kami telah menjuarai Liga Super untuk 5 kali berturut-turut, sambil berjaya layak ke AFC Champions League yang cukup berprestij.”
Dalam masa yang sama, TMJ menyifatkan JDT menunjukkan gerak kerja mereka lebih dari sekadar berkata-kata sahaja.
Hal ini dapat dibuktikan apabila JDT melepaskan 7 pemain mereka termasuk Safawi Rasid untuk tugasan kebangsaan ketika saingan Sukan Asia di Jakarta dan Palembang, Indonesia.
TMJ turut mengatakan andai JDT gagal meraihkan gelaran Piala Malaysia pada musim ini sekalipun, ianya tidak akan menafikan fakta yang musim ini cukup gemilang buat baginda.
Baginda turut memberi jaminan skuad JDT pada musim hadapan akan lebih hebat berbanding sebelum-sebelum ini.