Danny Ings Akui Beliau Tinggalkan Liverpool Demi Mencari Kegembiraan

Satu masa dahulu, Liverpool mendapatkan Danny Ings dari Burnley sebagai salah seorang penyerang berpotensi di England.

Namun dek kerana kecederaan beliau, peluang Ings untuk beraksi bersama Liverpool cukup kurang ditambah pula dengan kehadiran Mohamed Salah, Roberto Firmino dan juga Sadio Mane yang cukup berbisa.

Kini Ings di Southampton, mempunyai 2 misi yang dicari beliau dalam kariernya.

Satu adalah minit bermain dan kedua adalah kegembiraan dalam karier beliau.

Menurut laman Joe, Ings mengakui perpindahan beliau ke Southampton adalah demi kebaikan karier beliau.

“Saya dapat bermain bersama Liverpool dalam beberapa perlawanan di akhir musim lalu dan ianya satu perasaan yang menarik untuk berpeluang berdiri di terowong (sebelum masuk ke padang).”

“Perasaan itu buatkan saya mahu untuk merasainya setiap minggu dan kini saya perolehnya di Southampton.”

LIVERPOOL, ENGLAND – APRIL 28: Danny Ings of Liverpool in action during the Premier League match between Liverpool and Stoke City at Anfield on April 28, 2018 in Liverpool, England. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Ings mendedahkan dirinya sebenarnya masih lagi diperlukan di Liverpool.

Namun begitu, beliau tidak mahu menunjukkan sebarang rasa negatif kepada rakan sepasukan sewaktu beliau bersama mereka.

“Rakan-rakan di Liverpool mahukan saya kekal. Saya faham akan itu. Kami selalunya akan bermain permainan kad ketika dalam perjalanan untuk ke perlawanan di tempat lawan.”

KIEV, UKRAINE – MAY 25: Danny Ings of Liverpool celebrates with teammates during a Liverpool training session ahead of the UEFA Champions League Final against Real Madrid at NSC Olimpiyskiy Stadium on May 25, 2018 in Kiev, Ukraine. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

“Tapi saya sering rasa perasaan yang berbeza kerana saya tahu saya tak akan bermain.”

“Saya tidak tunjukkan perasaan itu, kerana tak mahu bawa angin negatif kepada pasukan.”

“Tetapi ianya tidak menghalang saya untuk pulang ke rumah, bermain dengan anjing peliharaan saya dan berasa sedih kerana tidak beraksi. Ianya telah berlaku begitu lama.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN