TMJ Tagih Kerjasama Semua Pihak Bangunkan Bola Sepak Negara

Ampersand Sports

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim tidak mahu penaja menarik diri jika baginda memutuskan untuk meletak jawatan.

“Saya tidak bersetuju jikalau saya tiada, maka penaja hendak menarik diri.

“Walaupun saya faham mana-mana individu atau syarikat yang hendak menaja, mereka mahukan “financial security”.

“Tetapi semua penaja perlu faham iaitu penajaan kepada bola sepak negara adalah demi “National Interest”,” jelasnya melalui laman facebook rasmi FAM.

Tunku Ismail juga meminta agar semua pihak terus menyumbang dalam bola sepak tanah air walaupun selepas ketiadaanya.

“Oleh itu, walau saya ada atau tidak, mereka patut teruskan sumbangan dan membantu bola sepak tanah air.

Ini kerana bola sepak tanah air adalah lebih besar dan lebih mustahak daripada saya. Ia adalah untuk rakyat,” katanya.

Pemilik kelab bolasepak JDT itu turut menegaskan FAM tidak akan mengambil satu sen pun daripada nilai penajaan yang diterima sebaliknya akan diberikan kepada semua pasukan liga Malaysia.

“Apa yang kita cuba lakukan sekarang adalah memberikan semula sukan bola sepak ini kepada rakyat.

“Semudah itu sahaja. Tiada sifat kroni dan tiada kepentingan diri sendiri. Oleh itu, saya tidak mahu FAM mengambil satu sen pun tetapi memberikan kesemua hak penyiaran kepada seluruh pasukan yang bertanding dalam negara,” titahnya.

Pada masa yang sama, Tunku Ismail mengajak semua pihak termasuk penyokong bolasepak tanah air bersatu padu untuk memajukan bola sepak negara.

“Kita semua termasuk setiap persatuan atau kelab serta penyokong bola sepak tanah air perlu bersatu untuk membangunkan bola sepak tanah air dan pasukan kebangsaan kami bersama-sama. Kerana jika kita bersatu dan ada perpaduan, Insya-Allah kita dapat mencapai sasaran kita.

“Tetapi jika kita berpecah dan suka bergaduh antara satu sama lain, bola sepak negara tidak akan ke mana. Percayalah, jika kita ada perpaduan dan bersatu, banyak perkara yang akan kita capai.,” jelasnya.

Semalam, akhbar tempatan melaporkan pengerusi Ampersand Sports Sdn Bhd, Tan Sri Vincent Lee Fook Long secara terbuka mendedahkan bahawa beliau akan menarik diri sebagai agensi yang memegang hak eksklusif mencari penajaan bagi saingan Liga Malaysia jika Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim melepaskan jawatannya di dalam badan induk bola sepak negara itu.

Vincent Lee berkata, pembabitan syarikat berkenaan untuk membantu Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) adalah kerana yakin dengan kredibiliti dan visi Tunku Ismail yang bersungguh-sungguh mahu memajukan bola sepak tempatan.

“Sekiranya Tunku Ismail berundur dalam tampuk pemerintahan bola sepak negara ini, kami juga sedia untuk menarik diri.

“Pihak kami komited dalam membawa lebih nilai komersil kepada FMLLP dan status Liga Malaysia (Liga M) dalam penajaan dan kami akan berusaha untuk beri yang terbaik dalam pembangunan bola sepak tempatan.

“Sebenarnya, kami tidak mengikuti rapat mengenai bola sepak tempatan namun mula tertarik untuk mengambil bahagian selepas teruja dengan misi dan visi Tunku Ismail dalam memajukan bola sepak negara,” katanya.

Katanya, syarikatnya sudah mengenal pasti 10 hingga 12 pihak penaja yang bersedia untuk penaja dalam saingan Liga M pada musim depan namun masih belum boleh mendedahkannya dalam masa terdekat.

“Biar kami muktamadkan dahulu dan akan membuat pengumuman tidak lama. Pembabitan kami hanya disebabkan atas dasar kepercayaan terhadap kredilibiti Tunku selaku presiden FAM,” kata Vincent Lee.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN