Carlos Tevez Masih Punyai Masa Depan Bersama Shanghai Shenhua

Shanghai Shenhua berkemungkinan akan mengekalkan Carlos Tevez di dalam pasukan itu, walaupun masa hadapan penyerang Argentina tersebut di Liga Super China (CSL) kelihatan tidak menentu.

Tevez hanya menjaringkan 4 gol dari 16 penampilan pada musim lalu. Karier Tevez bersama Shanghai Shenhua lebih banyak dihiasi dengan laporan kecederaan, masalah kecergasan, dan juga spekulasi tentang penyerang berusia 33 tahun itu ke Argentina.

(Photo by VCG/VCG via Getty Images)

 

Penyerang antarabangsa Argentina itu masih mempunyai kontrak setahun di China, dan Tevez dibayar £650,000 seminggu untuk beraksi bersama Shenhua.

Dengan jumlah bayaran yang mahal dan impak yang dibawa oleh Tevez pada musim pertamanya, ia telah mengundang kemarahan dan menimbulkan persoalan sama ada pemain itu akan dikekalkan pada musim hadapan.

Timbalan Pengurus besar Shanghai Shenhua, Zhou Jun berkata walaupun Tevez tidak menunjukkan prestasi yang diharapkan, bekas penyerang Manchester United itu mungkin akan dikekalkan untuk saingan pada musim hadapan.

(Photo by VCG/VCG via Getty Images)

“Kami memutuskan untuk membeli Tevez kerana pada ketika itu pusingan kelayakkan AFC Champions League (ACL) hampir bermula. Pada masa itu peraturan berkaitan pembelian pemain dengan nilai yang tinggi belum dikuatkuasakan.”

“Tevez beraksi dengan cemerlang ketika bersama Boca Juniors dan juga Juventus. Persaingan dari segi nilai pemasaran di CSL pada ketika itu juga bermakna Shanghai Shenhua memerlukan seorang pemain yang mempunyai reputasi besar dan bersifat universal.”

“Pada masa kini, jelas prestasi Tevez tidak mencapai tahap yang kita harapkan. Namun kami boleh melihat bagaimana beliau bekerja keras setiap hari untuk memastikan dirinya kembali menunjukkan prestasi seperti dulu.”

. (Photo by VCG/VCG via Getty Images)

“Sama ada kami akan meneruskan kontrak Tevez pada musim depan, ia adalah pilihan yang memerlukan persetujuan kedua-dua pihak. Masa hadapan Tevez bersama pasukan bergantung kepada rundingan di antara dua pihak.”

Sepanjang bersama Shanghai Shenhua, sikap dan etika profesional pemain itu sering dipertikaikan oleh banyak pihak termasuk daripada penyokong dan pengurusan Shanghai Shenhua sendiri.

Jaringan terakhir Tevez untuk Shanghai Shenhua ialah ketika membantu pasukan itu membelasah Yanbian Funde pada 29 Oktober lalu. Tevez turut menghasilkan 1 bantuan gol untuk Giovani Moreno dalam perlawanan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN