TMJ Seru Supaya Keganasan Dihentikan Dalam Bola Sepak

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menyeru orang ramai untuk membuat solidariti supaya tiada keganasan wujud dalam dunia bola sepak.

Kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh baginda di media Instagram sambil menyebut beberapa insiden telah melanda atlet negara kebelakangan ini.

Insiden-insiden tersebut jelas menjadi bahan spekulasi orang ramai di media sosial dengan beberapa perkaitan termasuk TMJ sendiri dianggap sebagai salah satu individu terbabit.

“Akhyar kena samun, Faisal kena acid, Safiq
kereta kena pecah, Siti Nurul Masyitah kena
langgar kereta, semalam seorang lelaki dari
Bagan Serai Perak ditangkap dan jumpa
Bomb di rumah, semalam Balai Polis Ulu
Tiram diserang lelaki bertopeng, dan dua
anggota polis ditembak.

“Semua ni kerja TMJ, FAM, Polis dan MFL. Semua case ini tiada kaitan dengan bola sepak, berlaku di luar kawasan stadium dan luar kawasan bolasepak. Tetapi mari kita beramai ramai buat Solidarity “stop violence in football,” jelas kenyataan baginda.

Seperti diketahui, TMJ sendiri sebenarnya menjadi antara terawal yang peka dengan isu keganasan selepas apa telah menimpa kepada Akhyar Rashid serta Faisal Halim.

“Saya mengecam kejadian yang melibatkan pemain bola sepak, Faisal Halim dan Akhyar Rashid susulan keselamatan serta kesejahteraan mereka diganggu oleh individu-individu tidak bertanggungjawab.

“Saya berharap agar Polis DiRaja Malaysia segera menyiasat kes-kes tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya,” ujar TMJ sebelum itu menerusi perkongsian laman Johor Southern Tigers (JST).

Kronologi keganasan membabitkan pemain bola sepak profesional sebelum itu telah pun menggemparkan rakyat Malaysia apabila Akhyar Rashid terlebih dahulu diserang oleh dua individu tidak dikenali di sekitar Kuala Terengganu.

Serangan tersebut menyaksikan Akhyar mengalami kecederaan di bahagian kepala, tangan serta kaki dan si pelaku sehingga kini masih belum dapat dikesan.

Tidak beberapa lama, giliran bintang Selangor iaitu Faisal Halim pula diserang oleh dua penjenayah tidak berhati perut menerusi simbahan asid sehingga menyebabkan tubuh badan beliau melecur.

Kesannya, Faisal terpaksa mengharungi beberapa pembedahan dan terpaksa berehat panjang daripada kembali beraksi selaku pemain bola sepak profesional.

Pemain senior, Safiq Rahim turut tidak terlepas daripada rentetan itu apabila cermin kereta beliau dirosakkan oleh individu tidak dikenal pasti sehingga laporan polis terpaksa dibuat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN