TMJ Sasarkan Setiap Pasukan Dapat Sehingga RM4 Juta Daripada Hak Penyiaran

Dalam sidang media sebentar tadi, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberitahu yang baginda sedang memperjuangkan hak penyiaran untuk Liga Malaysia terutama sekali Liga Super.

Baginda memberitahu, realiti di mana-mana liga di dunia sekalipun, hak penyiaran adalah sangat penting dan ia sumber utama pendapatan liga.

Sebelum ini, baginda sudah bising tentang hak penyiaran yang dirasakan tidak diuruskan dengan telus. 3 tahun yang lalu, FAM berjaya mendapatkan hak peyiarang bernilai RM46 juta daripada Astro.

Mereka hanya mengagihkan RM 1 juta kepada setiap pasukan. Ia satu angka yang tidak adil! Itupun banyak pasukan tak dapat.

Baginda ketika itu yang mengkritik dasar FAM itu telah menerima akibatnya apabila hanya RM300,000 sahaja dimasukkan ke akaun JDT.

Pada musim hadapan, baginda berjanji bahawa setiap pasukan akan mendapat hak mereka daripada penyiaran. Baginda memberithu, pada 2018, setiap pasukan dalam Liga Super akan mendapat sekitar RM3 juta sehingga RM4 juta daripada hak penyiaran.

Tetapi baginda memberitahu, duit itu akan dipantau oleh FAM supaya tidak disalahguna. Setiap pengurusan perlu telus menggunakan wang itu untuk dilaburkan dalam bola sepak dengan bukti. Misalnya dengan melaburkannya untuk fasiliti pasukan, pembangunan akademi dan sebagainya.

Langkah ini juga diharap dapat membantu mengurangkan beban kerajaan negeri yang terpaksa melaburkan jutaan ringgit setiap tahun untuk bola sepak. Sedangkan wang itu seelok-eloknya digunakan untuk rakyat.

TMJ juga memberitahu yang kini pengurusan liga Malaysia di bawah FMLLP sudah ada penasihat daripada pihak La Liga untuk membantu kita.

Satu usaha yang harus dipuji dilakukan oleh kepimpinan FAM kali ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN