Previu Perlawanan Akhir Piala TAL2017: Real Chukai VS PBSMT Lanjerket

Saingan sudah sampai ke penghujung bagi Terengganu Amateur League (TAL2017) bagi musim 2017.

Bermula dengan saingan liga, 8 pasukan yang terdiri daripada pasukan Liga Super dan Liga Perdana kemudiannya berentap dalam saingan kalah mati yang diberi nama Piala TAL untuk menjadi johan keseluruhan bagi saingan 2017.

Satu demi satu pasukan sudah pun tersingikir, kini tinggal 2 sahaja pasukan yang bakal beraksi di perlawanan akhir yang bakal dilangsungkan pada 25 November ini.

Real Chukai dan PBSMT Lanjerket bakal bertarung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu untuk menentukan siapakah juara TAL2017.

Corak menyerang

Satu kepastian yang bakal diterima oleh para penonton yang bakal menyaksikan perlawanan akhir Piala TAL2017 adalah kecenderungan kedua-dua pasukan untuk bermain bola sepak secara menyerang.

Real Chukai mengamalkan serangan dari bahagian sayap. Kelincahan yang ada pada pemain sayap mereka sering memerangkap pasukan lawan mereka dan ini mendorong kepada jaringan gol buat mereka.

Real Chukai berjaya mencipta kejutan dalam saingan Piala TAL2017 musim ini. Gambar: TAL

Pada mulanya, jangkaan yang diberikan kepada Real Chukai tidak tinggi memandangkan mereka adalah pasukan Liga Perdana.

Namun begitu, satu demi satu kejutan dicipta mereka dengan kejutan terbesar dilakukan apabila mereka menumbangkan pasukan pilihan iaitu Kebilal Markless di separuh akhir.

Bagi PBSMT Lanjerket, mereka gemar menghukum pasukan lawan dengan menggunakan serangan balas pantas.

Gabungan pemain baharu dan juga pemain yang berpengalaman nyata menghasilkan gabungan yang baik dan memberikan hasil yang cukup berkualiti buat pasukan mereka.

Pemain tumpuan

Untuk pemain tumpuan, Izzan Syahmi merupakan pemain sandaran utama bagi pasukan Real Chukai.

Bagi saingan Piala TAL2017, Izzan nyata merupakan mesin gol buat pasukan Real Chukai apabila beliau menyumbangkan 7 gol daripada 3 perlawanan pasukan mereka.

Nampaknya, taktikal yang digunakan Real Chukai cukup berkesan dengan corak permainan Izzan ya?

Bagi PBSMT Lanjerket, nama Hafizan Talib merupakan nadi penting bagi pasukan mereka.

Kawalan hebat beliau berjaya memberikan impak positif kepada pasukan. Ia juga ditambah dengan gol kemenangan beliau ketika menetang Pikat FA di perlawanan separuh akhir!

Jom ke karnival!

Bersempena dengan perlawanan akhir Piala TAL2017, pihak TAL2017 ada menyediakan karnival sebagai build-up kepada perlawanan ini.

Ayuh beramai-ramai ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah seawal jam 9 pagi pada 25 November untuk menyertai pelbagai aktiviti-aktiviti menarik di sana!

Antara aktiviti yang disediakan adalah pertandingan Liga Sepakan Penalti yang menawarkan hadiah berjumlah RM 1 ribu kepada juara pertandingan.

Selain itu terdapat juga ruangan untuk bermain permainan video seperti PES & FIFA dan juga trak makanan dan juga gerai jualan bakal menanti pengunjung.

Mari penuhi Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah bersempena perlawanan akhir Piala TAL2017 pada Sabtu ini. Semoga pasukan terbaik menjadi juara!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN